PERKEMBANGAN OTAK BAYI

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera,

Kali ini, saya nak berkongsikan dengan semua tentang perkembangan otak bayi kita.  Ramai antara kita terutama yang sudah jadi ibu, maklum tentang peranan ibu dalam membantu perkembangan otak bayi kan?  (Kita kan ibu prihatin.... kan3?)  Pernah tak tengok satu iklan susu tepung untuk ibu hamil?  apa katanya?  "Seawal bilakah seorang ibu boleh membantu perkembangan otak anak mereka?"  Jawapannya:  "Sebelum anak itu dilahirkan."

Ha!!! Jelaskan?  Ini bermakna, tanggungjawab kitalah sebagai ibu untuk memastikan perkembangan otak anak dalam kandungan kita ni.  Betullah tu.  Maknanya, kita kena makan sebelum kita dapat bagi bayi kita makan... Mudahkan sifirnya?   Hi3.. Kita makan, bayi kita pun makan?  Apa yang kita makan, itu jualah yang bayi kita makan.  Maka, haruslah bagi ibu hamil makan makanan berkhasiat, diet seimbang, cukup nutrisi keperluan harian!!!  Malah, bagi kita Umat Islam ni, Halal tu mesti jadi perkara paling UTAMA.  Barulah kita benar-benar tanggung dan jawab terhadap tanggungjawab kita tu.  Hi3.. pening?  ala tak susah pun...


FAKTA PERKEMBANGAN OTAK JANIN





Trimester Pertama 

Sel-sel otak anak kita matang dengan cepat dan hampir 250,000 sel tumbuh SETIAP MINIT!!!

Trimester Kedua

Semakin banyak sel-sel otak berhubung untuk memungkinkan pergerakan dan pendengaran bayi kita.


Trimester Ketiga

Di peringkat ini, otak janin kita terbentuk dengan sempurna dan bersedia untuk membentuk lebih banyak hubungan sel.





APA PULA SUMBER MAKANAN/MINUMAN YANG BOLEH MEMBANTU PERKEMBANGAN OTAK BAYI KITA?

Apa sahaja makanan/minuman yang ada nutrien penting iaitu Gangliosida, Folat, EFA, DHA, Zat Besi dan Kalsium!!! (Nutrisi ini bukan sekadar untuk perkembangan mental tetapi juga fizikal tau..) 

Tahukah kita?  Lebih kurang 2/3 daripada otak manusia terdiri daripada lemak.  Gangliosida merupakan lemak kompleks yang berkonsentrasi tinggi dalam otak dan penting untuk pertumbuhan otak di awal usia.  Gangliosida yang kita ambil boleh disalurkan ke janin kita, begitu juga Asid Dokosaheksanoik aka DHA.  Malah DHA juga penting untuk perkembangan otak dan mata janin kita.  (5th International Congress on the Development Origins of Health & Disease, Perth November 2007).  Namun, jangan pula kita hentam semua jenis lemak. he3.. untuk wanita hamil dan menyusu, Gangliosida dan DHA ini adalah yang terbaik.

Biasanya Gangliosida dan DHA mahupun Folat, EFA(Essential Fatty Acids), Zat Besi dan Kalsium ni didapati daripada susu tepung.  Tapi tak semua dari kita boleh minum susu tepung ataupun susu segar.  Betul tak?  Alah apa nak dirisaukan?  Makanlah ikan bilis, keju dan lain-lain sebagai alternatif susu.  Jangan risau-risau ye, terutama bagi ibu-ibu hamil dan wanita menyusu.  Banyak lagi alternatif lain tau. 


Di Shaklee, kami menawarkan Set J dan Set Eu 4 Pack, (klik sini) sesuai untuk ibu-ibu hamil dan menyusu selaras dengan keperluan nutrisi harian.  Bagi mereka yang dah tak boleh nak telan susu ataupun apa-apa produk tenusu, boleh la mencuba Pek Mini Ibu Hamil di atas.  Selamat mencuba!!!


Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...