Dilema? Tips memilih pam susu terbaik.


Salam sejahtera buat ibu-ibu serta bapa-bapa,

Dah melahirkan? Baru sahaja? Tahniah. Bakal melahirkan? Jangan bimbang, enjoy ur pregnancy period to the fullest!!! (percayalah, ini antara pengalaman terbaik dalam hidup seorang ibu)

Bagi yang baru merasai menjadi ibu, sudah pasti berkobar-kobar, berdebar, bersemangat. Yang sudah bergelar ibu pula, tidak pernah tercicir dari merasa perasaan yang sama.  Dalam zaman era moden kini, bertuah betul kita.  Semua dihujung jari. Maklumat kehamilan, penyusuan, carta perkembangan bayi, waktu subur semuanya ada.  Itu belum lagi imbasan 3D, 4D bagi mengetahui jantina dan kesehatan bayi.  Haih… tidakkah kita beruntung, hidup di zaman moden ini? Syukur Ya ALLAH.

Namun wujud pula dilema memilih pam susu bagi ibu-ibu pula.  Mana tidaknya, lambakan pam susu yang pelbagai bentuk, saiz, warna dan fungsi.  Haih…. Dah jadi satu masalah pulak mencari pam susu terbaik buat kita dan si manja.  Pengalaman saya sendiri.. tidaklah begitu mudah.  Sediakan duit aje lah.. he3.. tidak juga… Sebenarnya kriteria pemilihan pam susu adalah bergantung pada pemikiran dan kehendak serta keperluan kita sendiri.

Seperti saya, saya mahukan yang kompak, comel, ringan, mudah, menyamai hisapan bayi, multi way . baik bateri mahupun elektrik. Dan bajet pulak taklah banyak sgt.  Jadi saya memilih ameda lactaline. 
Ini bukan promo produk ye.  Inilah yang saya gunakan dan hampir 2 tahun setengah.  Syukur, masih bernyawa dengan sempurna.  Malah jika dibandingkan dengan kos membeli susu formula yang baik untuk bayi saya, 2 tahun lebih yang sudah dah pulang kos pembelian pam susu ini.




Jadi perkara yang perlu dititik beratkan ialah:
  1. Rekabentuk – besar ke kecil ke?
  2. Berat – Ringan ke berat? Tidak akan menyakitkan bahu kita terutama apabila kita kembali membawa hasil perahan
  3. Ketahanan – Berapa lama boleh tahan?
  4. Kepelbagaian – Boleh ke digunakan dengan elektrik @ bateri @ kereta? Bateri pula yang bagaimana? AA, @ bateri khas?
  5. Fungsi – Boleh digunakan sebagai single pump @ double pump?
  6. Sedutan dan Kitaran – Bolehkah kita mengawal tahap sedutan dan kitarannya?
  7. Material - BPA free kah?
  8. Proven Airlock Protection - fungsi ini membolehkan angin dari pam tidak diserap masuk melalui tiub ke dalam botol susu.  Beerti susu perahan kita tidak tercemar/bercampur dengan udara dari pam itu sendiri.

Itulah antara ciri-ciri  yang perlu dititikberatkan (mengikut kesesuaian peribadi).  Soal harga? Ikutlah kemampuan sendiri. Tak dapat pam elektrik, bateri pun tak apa.. tak dapat bateri, manual pun tak salah. Perah guna tangan?  Hrm... hebat, kamu memang jitu. Sebab yang penting sebenarnya, semangat dan pengorbanan.  Kalau kita rapuh dalam semangat dan pengorbanan, lupakan sahaja dunia penyusuan susu ibu. (Betul ni, saya dah tengok banyak contoh depan mata).  Bukan mudah bergelar ibu, apatah lagi ibu menyusu. (Akan saya kupas dalam post yang akan datang).



Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...