17 Risiko Kekurangan Protein

Assalamu 'alaikum,

Hari ini, saya rasa sungguh santai.  Walaupun kerja boleh kata berderet-deret, tapi saya tetap santai...  He3... Topik kali ini, saya nak kongsikan tentang kepentingan protein untuk tubuh badan kita.

Seperti yang kita semua tahu, badan kita terdiri daripada protein, sebab itulah dalam piramid makanan - kita wajib ambil protein dengan kuantiti yang disarankan.

Protein adalah makanan terpenting untuk tubuh badan kita.  Asal perkataan "protos" (Yunani) bermaksud pertama muncul atau mengambil tempat pertama.  Tubuh badan kita pula terdiri daripada protein - tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma.  Yang terbentuk daripada protein - antibodi, enzim, hormon.  Sebahagiannya adalah protein - hemoglobin (berfungsi untuk mengangkut oksigen ke sel-sel tubuh).  Sel-sel tubuh badan kita pula, bergantung kepada protein untuk berfungsi dengan baik bagi membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu yang dah lama (tua) serta menggantikan tisu-tisu yang rosak.  Ini beerti, jelas Protein penting untuk tubuh badan kita!


Risiko Kekurangan Protein
  1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  2. Penyakit buah pinggang
  3. Penyakit hati
  4. Penyakit ulser perut dan usus
  5. Penglihatan yang kurang baik
  6. Pengaliran darah yang tidak lancar
  7. Tahap kolesterol tinggi
  8. Kandungan gula dalam darah yang rendah
  9. Tekanan darah rendah
  10. Saraf tidak stabil
  11. Kurang daya penyembuhan luka
  12. Kurang daya tahan terhadap jangkitan
  13. Badan menggeletar
  14. Lesu
  15. Letih
  16. Tinggi kandungan air dalam tisu badan (water retention)
  17. Jika kekurangan protein ini berpanjangan, boleh menyebabkan terencat akal.

Struktur protein



















  • Blok binaan bagi protein terdiri daripada asid amino yang merupakan unsur asas bagi protein.
  • Ada 22 jenis asid amino yang bercantum dalam pelbagai cara untuk membentuk protein.
  • Asid amino ini terbahagi kepada 2 kumpulan:  Perlu (Essential) & Tidak Perlu (Non Essential)
  • Asid amino perlu ada 9 jenis.  Badan kita tidak boleh membuatnya.  Oleh kerana itu, kita perlu ambil dari pemakanan kita
  • Manakala Asid amino tak perlu pula ada 13 jenis,  ianya dihasilkan oleh badan kita daripada 9 asid amino perlu tadi.

Sumber Protein

Protein terbahagi kepada 2 kelas:

Kelas 1:   jenis makanan daripada haiwan seperti daging, ikan, ayam, susu, telur.
Kelas 2:   jenis makanan daripada tumbuh-tumbuhan terutama kemacang & biji-bijian.


Jenis Protein

Protein terbahagi kepada dua jenis:
  • Protein Lengkap - Jika makanan itu mengandungi kesemua 9 asid amino perlu (seperti yang di atas tadi) dalam jumlah yang betul untuk menyokong kesihatan sempurna maka ianya protein lengkap.  Nlai biologinya adalah yang tertingi kerana boleh digunakan dengan paling berkesan.
  • Protein Tak Lengkap - Jika makanan itu kekurangan mana-mana amino asid perlu (essential) ianya dinamakan protein tak lengkap.

Kelebihan Protein Shaklee



  • Protein jenis Lengkap
  • Daripada bahan terbaik soya dibandingkan dengan daging kerana kandungan protein dalam daging hanya 22% yang mana selebihnya adalah lemak
  • Tiada kolesterol
  • Kandungan Lemak sangat minimum (1 gram)
  • Kadar penghadamannya tinggi.  Ianya mudah diserap terus ke dalam darah.
  • Tanpa laktosa. (sejenis gula tambahan)
  • Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral & 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
  • Boleh dicampur dengan apa-apa minuman kesukaan atau jus buah-buahan kecuali kopi dan teh.

Saya suka Protein Shaklee sebab:  susu badan lebih pekat, kurang rasa lapar, kekal sihat, dan yang paling saya suka membantu struktur sel tubuh supaya kekal elok bentuknya (lebih tegang!!!)  Hihihi... 

Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...