Fungsi Vitamin C & Kesan Vitamin C

Assalamu 'alaikum,

Bestnya bila Malaysia menang menentang Indonesia.  He3... Debaran saat penalti tu... perghh... tak hingat!!!! Jangan tak percaya, saya suka tonton perlawanan bola sepak tau.  Siap terlompat-lompat lagi, anak-anak apatah lagi, bersinar-sinar mata tengok ibu punyalah gembira!!!.  Tak dapat bayangkan kalau saya jadi cheerleader.... ha3....  Okay, cukuplah cerita tentang bola tu sebab saya bukan pengulas sukan.  Hi3...

Reviu kita kali ini adalah berkenaan Vitamin C, (vitamin yang paling saya suka sebab banyak sangat!!!).


TANDA-TANDA KEKURANGAN
  • Melalui tanda-tanda lebam atau berbekas pada tubuh atau luka memar pada badan seperti bekas kena pukul;  (ouchhh, tak mahu macam ni, kulit tak cantik sihat. :))
  • Gusi berdarah apabila memberus gigi atau secara tiba-tiba.

KESAN-KESAN KEKURANGAN
  • Rasa letih
  • Gigi gugur
  • Saluran darah mengecil serta senang pecah 
  • Luka yang lambat pulih
  • Penyakit Anemia (kurang darah)

PERANANNYA (Ini yang tadi saya kata suka sebab banyak sangat!!!, alah kat atas tu...)
  • Membina dan memperbaiki tulang, gigi, gusi & tisu penyambung
  • Membentuk kolagen yang penting untuk menyambung struktur otot, tisu, tulang & cartilage (bahan yang menyelaputi sendi dalam tubuh).  Ini bermakna, vitamin C mengandungi kolagen sekaligus bertindak mengukuhkan sel kulit.  Bila sel kulit kurang kolagen akan menyebabkan kerosakan kulit (kering, lembik dan mudah lebah serta tidak menganjal)
  • Memelihara saluran darah yang sihat
  • Paling penting, sebagai kuasa penyembuh!

KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL VITAMIN C
  • Ia mudah musnah oleh pencemaran udara & air.  Contoh:  Merokok sekotak, boleh membakar 500mg Vitamin C!
  • Ia juga mudah musnah oleh kerana tekanan baik mental mahupun fizikal.
  • Ia juga boleh musnah atau berkurangan hanya  kerana proses penyedian sayuran, buahan-buahan (teknik memotong), terlalu lama terdedah di udara
  • Ia juga turut boleh musnah atau berkurangan kerana memasak terlalu lama atau suhu yang tinggi!!!
Semuanya kerana Vitamin C ini sangat rapuh.  Untuk lagi info mengenai Vitamin C - Klik Sini!!! (ada juga rajah sel dengan perlindungan vitamin C) Vitamin C juga terlibat dalam banyak proses biokimia dalam badan kita di peringkat sel-sel.  Kita sering kekurangan vitamin C kerana ianya sering digunakan bagi proses tersebut serta vitamin C rapuh (beerti mudah rosak).

Sel-sel badan kita pula tidak boleh menghasilkan vitamin ini kerana tubuh badan kita tidak ada enzim Gulono-Lactone oxidase yang diperlukan untuk menukar glukos kepada kimia 2-keto L-Gulono-Lactone untuk menghasilkan vitamin C. 


FUNGSI DAN PERANAN VITAMIN C
  1. Membantu meningkat tahap sistem pertahanan badan.
  2. Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam.
  3. Membantu pertumbuhan dan kesihatan gusi dan gigi.
  4. Membina kolagen (sebagai bahan pelekat) dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan.
  5. Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi.
  6. Membantu mengembalikan hormon menangani tekanan.  Makin tinggi stress, makin perlu banyak Vitamin C.
  7. Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun seperti nitrates dan nitrites.
  8. Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung. (dengan cara menghadkan oksidansi terhadap kolesterol jahat - LDC Kolesterol)
  9. Anti oksidan.
  10. Membentuk sel-sel darah baru.
  11. Membantu memulihkan selsema, resdung dan bersin.
  12. Membantu proses pemulihan luka dan kudis.
  13. Mencegah penyakit barah.  Klik sini untuk senarai jenis kanser yang boleh dicegah.
  14. Bertindak sebagai "protector gate" 

Siapa yang perlu Vitamin C?
  • SEMUA ORANG, PERINGKAT UMUR TERMASUK KANAK-KANAK.  
  • Perokok atau mereka yang selalu bergaul dengan perokok (perokok sekunder)
  • Individu yang mengalami tekanan, penat, letih, lesu, sibuk dengan rutin harian.
  • Pesakit jantung
  • Mereka yang belum tentu dapat mengambil 500mg Vitamin C sehari.

Saya pilih Sustained Release Vitamin C Shaklee kerana:

  1. Pertama yang berfungsi secara perlahan untuk berkuasa selama 24 jam dalam tubuh badan.
  2. Satu tablet vitamin ini membekalkan 500mg vitamin C yang bersamaan dengan 7.5 biji buah oren.
  3. Rumusan unik sustained release yang melepaskan secara perlahan & berterusan selama 5 jam.
  4. Di uji secara klinikal.  Pengambilan 2 kali selang 5 jam dalam sehari akan mengekalkan paras plasma lebih 24 jam.
  5. Vitamin C boleh kunyah juga disediakan untuk kanak-kanak atau orang dewasa.

Maka, setidak-tidaknya, kita ambillah Vitamin C, tidak kira apa jua jenama!  Yang penting, Vitamin C Semulajadi.  Kalau tanya saya, sudah tentu Shaklee pilihan saya.  Kesan terbukti!!!  Harga terbaik!!!

Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...