Bertemu lagi kita!!! Topik ini nampak macam tidak ada kene mengena dengan vitamin ibu menyusu kan? Tapi kalau 1% kena mengena macammana? Hi3... dari 1% tu lah yang jadi 100%, macam kata Haji Bakhil dalam filem Labu Labi. "1 sen ini, kalau dikumpul, boleh bikin rumah batu tau...!!!"
Okay, masa untuk serius dan beri tumpuan.
Fakta Bahaya Pneumonia
- Sebanyak 98 peratus daripada semua kematian kanak-kanak membabitkan pneumonia berlaku di negara membangun.
- Pada 2008, dianggarkan seramai 8.8 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun di seluruh dunia, meninggal dunia. Seorang daripada lima kematian itu disebabkan oleh pneumonia atau dengan kata lain, seramai 1.5 juta kanak-kanak meninggal dunia akibat pneumonia. Kematian lain berpunca daripada malaria, TB, HIV/AIDS.
- Di Malaysia, pneumonia di kalangan kanak-kanak bawah lima tahun adalah penyebab kelima kematian dengan empat peratus kematian selain antara 28 peratus dan 40 peratus kemasukan ke hospital. Di Indonesia, 145 hingga 300 kes pneumonia dilaporkan bagi setiap 100,000 penduduk manakala di Filipina, sebanyak 5,000 kes pneumonia per 100,000 penduduk dicatatkan.
Apa dia Pneumonia?
- Pneumonia adalah jangkitan paru-paru, menyebabkan batuk dan demam yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas. Sebab itulah kebanyakan dari kita tidak sedar akan penyakit ini sebab simptomnya yang mirip demam, batuk serta selsema yang biasa. Jangan kata kita, doktor pun belum tentu dapat mengesannya diperingkat awal.
- Radang paru-paru yang teruk serta boleh membawa maut. Melainkan sekiranya pernafasan anak semakin teruk, dada berombak serta berlekuk, baru kita tahu: Ini serius!!!
Siapa yang terdedah terhadap Pneumonia?
- Di negara membangun, kanak-kanak di bawah usia lima tahun, terutama bawah dua tahun dan miskin, berisiko menghidap penyakit ini.
- Warga tua juga turut berisiko.
- Sesetengah kanak-kanak dan orang dewasa berisiko tinggi kerana mereka menghidapi penyakit lain seperti HIV/AIDS, jantung serta asma.
- Pesakit HIV lebih berisiko tinggi dan berkemungkinan mati akibat pneumonia.
- Kanak-kanak yang tidak mendapat cukup zat boleh melemahkan sistem imunisasi, sekali gus meletakkan mereka sebagai kumpulan berisiko tinggi dijangkiti pneumonia.
Punca:
- Kebanyakan organisma boleh menyebabkan pneumonia.
- Di peringkat global, bakteria seperti Hib dan pneumokokkus adalah dianggarkan untuk menyebabkan lebih daripada 50 peratus kematian akibat radang paru-paru di kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Virus dan kulat juga boleh menyebabkan pneumonia.
- juga boleh disebabkan kuman campak, batuk kokol, hemofilus influenza B dan virus influenza H1N1.
Cara mengesan:
- Ia boleh dikesan oleh tanda seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas atau bernafas cepat atau berombak-ombak. Sekiranya demam, bertambah teruk diikuti dengan menggigil, peluh yang berlebihan, sakit di bahagian dada apabila bernafas, lemah dan terlalu letih, ini mungkin amaran awal. Walaubagaimanapun, kebiasaannya simptom ini hanya dapat dikesan setelah berada di peringkat kritikal.
- Menerusi imbasan dada menggunakan sinar-X dan ujian makmal. Namun, alat ini selalunya tidak ada di negara membangun, terutamanya di luar bandar yang terpencil menjadikan sukar mengenal pasti dan merawat penyakit ini.
PENCEGAHAN DAN RAWATAN
- Ia boleh dicegah dengan vaksin Hib dan pneumokokus. Vaksin ini boleh didapati di hospital atau klinik swasta dengan kos RM600 - RM750 bagi tiga dos untuk kanak-kanak.
- Jangkitan campak dan pertusis (batuk kokol) juga boleh menyebabkan komplikasi pneumonia. Oleh itu, vaksin untuk penyakit ini boleh mencegah sesetengah kes pneumonia.
- Tingkatkan kadar susuan eksklusif selama enam bulan.
- Kurangkan asap daripada rokok dan tempat memasak.
- Tingkatkan tahap nutrisi anak.
- Sentiasa basuh tangan dan ajar anak berbuat demikian.
Bahagian mana yang saya katakan 1% vitamin ibu menyusu itu berkait dengan Pneumonia atau setidak-tidaknya mencegah Pneumonia?
Tulisan merah itulah 1% dari usaha kita menambah kualiti susu badan dan menambah tahap nutrisi anak dari vitamin semulajadi atau pemakanan tambahan semulajadi. Nampak remeh bukan? Tidak salah juga rasanya jika saya katakan: mungkin lebih dari 1%, mungkin mencapai 30% sekiranya di ambil purata langkah pencegahan sebanyak 2 daripada 6 langkah pencegahan yang disarankan.
Apa-apapun jua, Allah jua berkehendakkan ke atas sesuatu perkara. Allahu Akbar!!!
Artikel asal adalah dari - Nor Afzan Mohamad Yusof
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pneumoniapembunuhtidakdijangka/Article/
Mahu kualitikan susu badan anda? Mahu anak mendapat khasiat secukupnya?
Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com
No comments:
Post a Comment