Showing posts with label Folat. Show all posts
Showing posts with label Folat. Show all posts

5 Makanan Yang Mesti Wanita Ambil Dengan Lebih!!!

Assalamu 'alaikum,

Wahai wanita-wanita yang sayangi diri dan keluarga serta keturunan.. (saya termasuklah tu... hi3)

Tips mudah untuk wanita kekal cantik dan sihat semulajadi!!!

Amalkan:
  1. Brokoli,
  2. Bawang Merah,
  3. Sayuran berdaun hijau,
  4. Kekacang dan bijian; dan
  5. Ikan Salmon.
Secara menyeluruh, 5 makanan ini tinggi dalam kandungan iron, magnesium, vitamin k, folat dan omega 3.  


Ada apa dengan Brokoli?


Brokoli  membantu mengekalkan kadar air dalam badan serta mencegah perut kembung.  Brokoli juga adalah antara sumber terbaik serat pemakanan dan vitamin C, K dan A, dan ia merupakan sumber yang baik bagi mangan, tryptophan, kalium, vitamin B, fosforus, magnesium dan protein. Ia juga tinggi dengan kalsium, besi, zink, dan vitamin 


Pst:  Brokoli memang kegemaran saya!!!


Lebih dari itu:  Klik sini untuk lagi tentang brokoli



Ada apa dengan Bawang Merah?


Bawang merah adalah anti-radang, antibakteria, dan agen penipis darah yang semula jadi (boleh mengurangkan kepekatan darah yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit merbahaya.  Ia juga kaya dengan vitamin C , kromium dan serat.  Malah ia juga satu sumber yang baik untuk mangan, vitamin B6, triptofan, folate dan kalium.

Pst:  Bawang merah saya suka kalau telah dimasak!!!

Lebih dari itu:  Klik sini untuk lagi tentang bawang merah.



Ada apa dengan Sayuran Berdaun Hijau?


Sayuran hijau mempunyai tahap tinggi Vitamin E, yang membantu mengelak keradangan, menopaus, antibakteria dan agen penipis darah yang semula jadi. Ia juga kaya dalam kromium, vitamin C , dan serat makanan, bawang juga satu sumber yang baik untuk mangan, vitamin B6, triptofan, folat dan kalium.


Pst:  Sayuran ni kalau saya tak makan, tak sah hidangan saya!!!

Lebih dari itu:  Klik sini untuk lagi tentang sayuran berdaun hijau.  (masih dalam penintaan)



Ada apa dengan Kekacang dan Biji-bijian?



Kekacang ialah satu sumber yang amat kaya dengan folat, serat, triptofan, protein, besi, magnesium dan kalium.  Kesemua kekacang ini  berkait dengan satu fungsi bagi mengurangkan risiko kencing manis, tekanan darah tinggi, dan kanser payudara.

Pst:  Yang ini memang kegemaran saya terutama kuaci dan badam.  Kacang yang paling elok diamalkan ialah badam kerana paling kurang kolesterol!!!

Lebih dari itu:  Klik sini untuk lagi tentang sayuran berdaun hijau.  (masih dalam penintaan)





Ada apa dengan Ikan Salmon?



Salmon adalah salah satu sumber makanan secara semulajadi yang kaya dalam vitamin D, diperlukan untuk menyerap kalsium, mengekalkan paras kalsium yang sesuai dalam darah dan menggalakkan pertumbuhan tulang biasa.  Disebabkan sifat-sifat ini, vitamin D dianggap sebagai satu nutrien penting dalam membantu menghalang osteoporosis.  Ikan salmon biru (dibahagian belakang badannya) adalah yang tertinggi dalam vitamin D.  Hidangan empat auns Sockeye menyediakan 739 IU vitamin D berbanding dengan salmon Chinook, yang menyediakan 411 IU untuk saiz sama.

Pst:  Yang ini bukan kegemaran saya.  Tapi selepas ini, saya akan pastikan ianya menjadi kegemaran saya!!!

Lebih dari itu:  Klik sini untuk lagi tentang Ikan Salmon (bukan yang diternak ye).  (masih dalam penintaan).






Ahha itu baru cerita sebahagian sahaja tu..  Lagi info tentang khasiat brokoli, boleh klik sini.  Cerita tentang yang lagi empat tu?  Ha!!! Tunggu!!! Kita cerita nanti ye... Bos saya dah panggil tu...  (Bolehla ikuti tinta saya tentang empat lagi jenis makanan tadi melalui emel.  Mudah sahaja, pergi ke sebelah kanan blog saya, cari, "Emelkan saya entri terkini" dan isikan alamat emel anda!)  Eh.. bukan bermakna, saya tak nak kongsikan secara terbuka yang lagi empat tu!!!  Akan saya kongsikan dalam entri selepas ini, ilmukan tak boleh disimpan-simpan, mesti disebar-sebarkan... Tujuan saya minta ada ikuti melalui emel, supaya tak terlepas khasiat yang lagi empat jenis itu.  He3... itu sahaja.  Tiada udang disebalik batu okay?   Oppss.. jangan lupa +1 artikel-artikel saya ye... Terima kaseh!!!


Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

PERKEMBANGAN OTAK BAYI

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera,

Kali ini, saya nak berkongsikan dengan semua tentang perkembangan otak bayi kita.  Ramai antara kita terutama yang sudah jadi ibu, maklum tentang peranan ibu dalam membantu perkembangan otak bayi kan?  (Kita kan ibu prihatin.... kan3?)  Pernah tak tengok satu iklan susu tepung untuk ibu hamil?  apa katanya?  "Seawal bilakah seorang ibu boleh membantu perkembangan otak anak mereka?"  Jawapannya:  "Sebelum anak itu dilahirkan."

Ha!!! Jelaskan?  Ini bermakna, tanggungjawab kitalah sebagai ibu untuk memastikan perkembangan otak anak dalam kandungan kita ni.  Betullah tu.  Maknanya, kita kena makan sebelum kita dapat bagi bayi kita makan... Mudahkan sifirnya?   Hi3.. Kita makan, bayi kita pun makan?  Apa yang kita makan, itu jualah yang bayi kita makan.  Maka, haruslah bagi ibu hamil makan makanan berkhasiat, diet seimbang, cukup nutrisi keperluan harian!!!  Malah, bagi kita Umat Islam ni, Halal tu mesti jadi perkara paling UTAMA.  Barulah kita benar-benar tanggung dan jawab terhadap tanggungjawab kita tu.  Hi3.. pening?  ala tak susah pun...


FAKTA PERKEMBANGAN OTAK JANIN





Trimester Pertama 

Sel-sel otak anak kita matang dengan cepat dan hampir 250,000 sel tumbuh SETIAP MINIT!!!

Trimester Kedua

Semakin banyak sel-sel otak berhubung untuk memungkinkan pergerakan dan pendengaran bayi kita.


Trimester Ketiga

Di peringkat ini, otak janin kita terbentuk dengan sempurna dan bersedia untuk membentuk lebih banyak hubungan sel.





APA PULA SUMBER MAKANAN/MINUMAN YANG BOLEH MEMBANTU PERKEMBANGAN OTAK BAYI KITA?

Apa sahaja makanan/minuman yang ada nutrien penting iaitu Gangliosida, Folat, EFA, DHA, Zat Besi dan Kalsium!!! (Nutrisi ini bukan sekadar untuk perkembangan mental tetapi juga fizikal tau..) 

Tahukah kita?  Lebih kurang 2/3 daripada otak manusia terdiri daripada lemak.  Gangliosida merupakan lemak kompleks yang berkonsentrasi tinggi dalam otak dan penting untuk pertumbuhan otak di awal usia.  Gangliosida yang kita ambil boleh disalurkan ke janin kita, begitu juga Asid Dokosaheksanoik aka DHA.  Malah DHA juga penting untuk perkembangan otak dan mata janin kita.  (5th International Congress on the Development Origins of Health & Disease, Perth November 2007).  Namun, jangan pula kita hentam semua jenis lemak. he3.. untuk wanita hamil dan menyusu, Gangliosida dan DHA ini adalah yang terbaik.

Biasanya Gangliosida dan DHA mahupun Folat, EFA(Essential Fatty Acids), Zat Besi dan Kalsium ni didapati daripada susu tepung.  Tapi tak semua dari kita boleh minum susu tepung ataupun susu segar.  Betul tak?  Alah apa nak dirisaukan?  Makanlah ikan bilis, keju dan lain-lain sebagai alternatif susu.  Jangan risau-risau ye, terutama bagi ibu-ibu hamil dan wanita menyusu.  Banyak lagi alternatif lain tau. 


Di Shaklee, kami menawarkan Set J dan Set Eu 4 Pack, (klik sini) sesuai untuk ibu-ibu hamil dan menyusu selaras dengan keperluan nutrisi harian.  Bagi mereka yang dah tak boleh nak telan susu ataupun apa-apa produk tenusu, boleh la mencuba Pek Mini Ibu Hamil di atas.  Selamat mencuba!!!


Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...