"Jangan Rosakkan Aku", kata Susu Perahan Ibu (EBM)

Assalamu 'alaikum. 


Serius!!!  Ini Penting!!!


Perhatian untuk Ibu-Ibu yang Exclusive Breastfeed, mahupun yang Express BreastMilk..


Jangan goncang atau kocak botol yang dah di isi susu berkhasiat anda tu.. Iye... Tak kisahlah, bila nak kocak tu, yg penting jangan kocak atau goncang macam buat susu formula pulak!!!


"Tapi, kan nanti lemak berasing dengan susu tu, lemak tu terampai di bahagian atas botol, (permukaan susu)?" , "Kenapa tak boleh goncang pulak?  Kalau tak goncang, nanti lemak tu tertinggal pulak.  Silap-silap bayi kita tak dpt pulak sumber protein tu..."


Iskh3... yang dikatakan tak boleh kocak/goncang itu maksudnya tak boleh digoncang kuat seperti membuat susu formula.  Cukup sekadar gelek-gelekkan botol tu dengan manja.. (Ha3... terbayang pulak.. botol susu tu tergelek-gelek manja.... kita pun gelek sekali apa salahnya, leh pecah lemak kat pinggang tu!!! He3)  


Apa rasionalnya buat macam tu eh?


Okay, ini sebabnya:


Dengan berbuat demikian, ianya akan mengubah bentuk molekul-molekul protein perlindungan dalam susu tersebut serta hanya meninggalkan struktur kepingan asid amino.  Laktoferin, lysozyme dan komponen perlindungan lain bertindak sebagai perlindungan yang baik apabila komponen ini di dalam bentuk asal molekul mereka.  Sesetengah komponen kekal tidak berubah walaupun ketika proses pembekuan, penggoncangan atau pemanasan.  Komponen-komponen ini, bukan hanya melindungi usus daripada jangkitan malah mencegah keradangan terhadap lapisan usus.  Walaupun komponen ini akan berubah, asid amino tersebut masih dikategorikan sebagai nutrisi terbaik untuk penghadaman bayi kita.


Bayangkan - macam rantaian manik yang kita beli sebagai hiasan leher mahupun tangan, mahupun tudung.. he3... apabila mereka bergandingan bersama, kan cantik tu, dan mereka bertindak sebagai rantai leher, rantai tangan dan kerongsang yang cantik.  Tapi, bila kita tak jaga, rantaian itu putus, maka berderailah... dan tentu-tentu tak cantik dah!!! Setuju?  Hi3.  Komponen-komponen manik ini boleh rosak kerana tekanan fizikal.  (Itupun manik yang keras tu, inikan pulak sel-sel hidup dalam susu perahan kita yang super duper berkhasiat!!!)


Dengan susu ibu, bayi kita mendapat dua fungsi:  Komponen molekul yang menjadikannya susu serta sel hidup yang bernutrisi membuatkan anak kita Kenyang dan Sehat (membesar bagai Johan!!!), manakala dengan susu formula pula, kita hanya dapat susu itu sahaja (sudah tentu juga dengan khasiat tambahan yang diperkaya...) tetapi tidak bersekali dengan sel-sel hidup penuh nutrisi tersebut.


Jadi, "JANGAN GONCANG AKU", kata SUSU PERAHAN IBU.  "Sebab aku jauh lebih berkhasiat daripada makanan lain dan aku ada sel-sel tisu hidup dan lapisan perlindungan juga!!!"


-  Sumber Asal:  
Don't Shake The Milk © 1998 Linda J. Smith, BSE, FACCE, IBCLC


Nak pastikan SUSU PERAHAN KITA, SUPER DUPER BERKHASIAT?


Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...