Khasiat Sayuran Hijau Khusus Buat Wanita :)

Assalamu 'alaikum & Salam Sejahtera,

Sayuran berdaun hijau?  Erm.. tak semua orang suka makan sayur, tak kurang juga yang langsung tak makan sayur.  Saya?  saya sangat suka makan sayur, keluarga saya.. iskh3... sama macam saya.  Anak saya yang 2 tahun tu, lagi suka makan sayur, sayur sawi hijau yang ada bunga hujungnya tu, alah yang kat sebelah ini.. iskh3... inipun boleh diratahnya, kan pahit tu.  Anak yang sulung pulak, kalau saya masak tak ada sayur, mesti dia tanya "Ibu tak masak sayur ke?"  Syukur sebab kami semua penggemar sayur-sayuran.

Tuan/puan tahu tak yang sayuran hijau ni banyak khasiatnya?  Eleh..... mestilah tahu kan?  Common sense je tu, general knowledge.  Tapi kan tuan/puan tahu tak?  Sayuran hijau ni kaya dengan vitamin K, A & C, kalsium, potasium, beta karotene, manganese, folat, magnesium, iron dan fiber?  Tahu tak 66,940 wanita yang mengambil bahagian dengan Nurse's Health Study mendapati 40% penurunan insiden kanser ovari (kerana pengambilan sayuran hijau) berbanding dengan yang hanya mengambil sedikit sahaja atau tidak mengamalkan memakan sayuran hijau?

Ha ha.... itulah serba sedikit tentang sayuran hijau.  Sayuran hijau adalah antara 5 makanan yang mesti wanita ambil setiap hari.  Lain-lain?  Klik sini.

Bayam?  Bayam kaya dengan iron, yang membantu sistem imun badan juga tambah tenaga.  (Sebab itulah kartun Popeye d Sailorman, makan bayam dan jadi kuat!!!  Kalaulah kartun tu masih ditayangkan dah tentu anak-anak kecil kita kelam kabut nak makan bayam juga!!!)  Malah, wanita kebanyakannya memang mengalami simptom kekurangan iron yang seterusnya menyebabkan anemia dan kurang tenaga oleh kerana kurang oksigen diangkut ke sel-sel badan.  Manakala sayuran hijau gelap pula adalah sumber yang baik bagi magnesium.  Magnesium membantu merendahkan tekanan darah, menguatkan sistem imun, tulang, membantu kita tidur (tidur yang berkualiti mencantikkan wanita dan sesiapa sahaja), merehatkan otot, meredakan tekanan dan debaran.  Sebagai tambahan, magnesium ni boleh membantu mereka yang mengalami gejala migrain, kurang magnesium menyebabkan pening yang teruk, malah kurang magnesium dan kalsium yang melampau boleh menyebabkan tekanan serta mengurangkan komposisi ketumpatan tulang.  Sebab itulah, ada kajian menunjukkan wanita yang tertekan mengalami kekurangan ketumpatan tulang yang secara tidak langsung boleh menyebabkan kerapuhan dan patah!

Sayuran hijau juga kaya vitamin e yang boleh menghindari menopaus!!!  Ha, penting tak sayuran hijau ni?  Opss, juga bayam merah atau swiss chard kaya dengan kalsium selain khasiatnya untuk tulang, juga elok untuk menghindari kehilangan ketumpatan tulang selepas menopaus.  Wanita yang mengambil kalsium dan vitamin D akan kurang risiko menghadapi diabetes tahap II dan simptom premenstrual/senggugut.  Ini kerana  ia membantu dalam pembekuan darah, kontraksi otot dan rentak jantung.

Sekiranya, kita jenis yang memang makan sayur, memang minum susu dan lain-lain sumber yang ada kalsium, jangan pulak kita ingat, senang sahaja tulang nak menyerap kalsium tersebut.  Kita perlukan vitamin K, dan lain-lain yang membantu penyerapan kalsium serta melengkapkan keperluan vitamin harian kita.  Ha ha ha... jawapannya OsteMatrix... He3...  Sebenarnya, kita boleh ambil semua vitamin ini dalam makanan seharian kita, tapi mencukupikah, dan pastikah semuanya ada dalam satu hidangan kita?  Cara mudah, ambil OsteMatrix. (cara saya) nak follow?  silakan... boleh follow di FB, twitter, emel, blog... iskh3.... medium sosial sekarang kan...... hebat!!!!  Owh.. sebelum saya lupa, kekurangan kalsium dan magnesium boleh menyebabkan tekanan perasaan, paling tidak sakit kepala.  Sebab itu, individu yang mengalami migrain digalakkan mengambil Kalsium dan Magnesium serta lain-lain yang membantu.

Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...