Khasiat Sayuran Hijau Khusus Buat Wanita :)

Assalamu 'alaikum & Salam Sejahtera,

Sayuran berdaun hijau?  Erm.. tak semua orang suka makan sayur, tak kurang juga yang langsung tak makan sayur.  Saya?  saya sangat suka makan sayur, keluarga saya.. iskh3... sama macam saya.  Anak saya yang 2 tahun tu, lagi suka makan sayur, sayur sawi hijau yang ada bunga hujungnya tu, alah yang kat sebelah ini.. iskh3... inipun boleh diratahnya, kan pahit tu.  Anak yang sulung pulak, kalau saya masak tak ada sayur, mesti dia tanya "Ibu tak masak sayur ke?"  Syukur sebab kami semua penggemar sayur-sayuran.

Tuan/puan tahu tak yang sayuran hijau ni banyak khasiatnya?  Eleh..... mestilah tahu kan?  Common sense je tu, general knowledge.  Tapi kan tuan/puan tahu tak?  Sayuran hijau ni kaya dengan vitamin K, A & C, kalsium, potasium, beta karotene, manganese, folat, magnesium, iron dan fiber?  Tahu tak 66,940 wanita yang mengambil bahagian dengan Nurse's Health Study mendapati 40% penurunan insiden kanser ovari (kerana pengambilan sayuran hijau) berbanding dengan yang hanya mengambil sedikit sahaja atau tidak mengamalkan memakan sayuran hijau?

Ha ha.... itulah serba sedikit tentang sayuran hijau.  Sayuran hijau adalah antara 5 makanan yang mesti wanita ambil setiap hari.  Lain-lain?  Klik sini.

Bayam?  Bayam kaya dengan iron, yang membantu sistem imun badan juga tambah tenaga.  (Sebab itulah kartun Popeye d Sailorman, makan bayam dan jadi kuat!!!  Kalaulah kartun tu masih ditayangkan dah tentu anak-anak kecil kita kelam kabut nak makan bayam juga!!!)  Malah, wanita kebanyakannya memang mengalami simptom kekurangan iron yang seterusnya menyebabkan anemia dan kurang tenaga oleh kerana kurang oksigen diangkut ke sel-sel badan.  Manakala sayuran hijau gelap pula adalah sumber yang baik bagi magnesium.  Magnesium membantu merendahkan tekanan darah, menguatkan sistem imun, tulang, membantu kita tidur (tidur yang berkualiti mencantikkan wanita dan sesiapa sahaja), merehatkan otot, meredakan tekanan dan debaran.  Sebagai tambahan, magnesium ni boleh membantu mereka yang mengalami gejala migrain, kurang magnesium menyebabkan pening yang teruk, malah kurang magnesium dan kalsium yang melampau boleh menyebabkan tekanan serta mengurangkan komposisi ketumpatan tulang.  Sebab itulah, ada kajian menunjukkan wanita yang tertekan mengalami kekurangan ketumpatan tulang yang secara tidak langsung boleh menyebabkan kerapuhan dan patah!

Sayuran hijau juga kaya vitamin e yang boleh menghindari menopaus!!!  Ha, penting tak sayuran hijau ni?  Opss, juga bayam merah atau swiss chard kaya dengan kalsium selain khasiatnya untuk tulang, juga elok untuk menghindari kehilangan ketumpatan tulang selepas menopaus.  Wanita yang mengambil kalsium dan vitamin D akan kurang risiko menghadapi diabetes tahap II dan simptom premenstrual/senggugut.  Ini kerana  ia membantu dalam pembekuan darah, kontraksi otot dan rentak jantung.

Sekiranya, kita jenis yang memang makan sayur, memang minum susu dan lain-lain sumber yang ada kalsium, jangan pulak kita ingat, senang sahaja tulang nak menyerap kalsium tersebut.  Kita perlukan vitamin K, dan lain-lain yang membantu penyerapan kalsium serta melengkapkan keperluan vitamin harian kita.  Ha ha ha... jawapannya OsteMatrix... He3...  Sebenarnya, kita boleh ambil semua vitamin ini dalam makanan seharian kita, tapi mencukupikah, dan pastikah semuanya ada dalam satu hidangan kita?  Cara mudah, ambil OsteMatrix. (cara saya) nak follow?  silakan... boleh follow di FB, twitter, emel, blog... iskh3.... medium sosial sekarang kan...... hebat!!!!  Owh.. sebelum saya lupa, kekurangan kalsium dan magnesium boleh menyebabkan tekanan perasaan, paling tidak sakit kepala.  Sebab itu, individu yang mengalami migrain digalakkan mengambil Kalsium dan Magnesium serta lain-lain yang membantu.

Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Penting: Susu Ibu & Vitamin Ibu Menyusu

Assalamu 'alaikum & Salam Sejahtera,

Apa khabar ibu-ibu menyusu?  Bakal menyusukan?  Bakal bapa? Bapa bagi anak-anak menyusu badan?

Ahha!!!  Puan dan tuan umum mengetahui pengambilan vitamin sangat membantu ibu-ibu menyusu dalam menjayakan konsep penyusuan susu ibu bukan?  Saya pasti!   Semua sudah maklum.  Dunia sekarang canggihlah katakan.  Walaupun ada yang menyangkal suplemen ini tidak membantu penghasilan susu ibu, saya tetap katakan Ya! sebab saya pengamal 2 tahun lebih, jadi saya tahu apa yang saya amalkan dan saya dapat lebih dari apa yang saya harapkan.  Kalau tidak dah lama selamat tinggal kepada vitamin ini.

Juga, para ibu dan bapa, ketahuilah bahawa susu ibu selain menjadi faktor utama penyumbang antibodi yang sangat baik kepada bayi kita, ia juga sangat penting berperanan sebagai faktor pertumbuhan epidermal, mukos usus dan organ bayi baru lahir.  Susu ibu juga membantu pertumbuhan dan fungsi fisiologi bayi permata hati kita!!! (Kajian ini dibuat oleh The American Journal of Clinical Nutrition)  Secara ringkasnya, susu ibu yang dikualitikan dengan pemakanan sihat serta sokongan vitamin semulajadi sememangnya berperanan terhadap tumbesaran menyeluruh bayi kita!..

Psst:  saya lebih rela makan dan belanjakan sedikit peruntukan kepada vitamin semulajadi demi kualitikan dan perbanyakkan susu (sudah pasti dengan konsep penyusuan yang betul), daripada saya belanjakan duit demi membeli susu formula yang di'perkaya'.  Sebab perkaya lah macam manapun, susu ibu tetap yang terbaik.  Lagipun bukan sahaja bayi saya, saya turut dapat  khasiatnya.

Apapun dengan Rahmat ALLAH.  Selagi mampu dan berdaya, akan saya teruskan.  Tiba masa saya sudah tidak berdaya setelah pelbagai usaha dicurahkan, saya Redha dengan aturanNya.  Jadi saya amat berharap, para pembaca turut serta memperjuangkan penyusuan susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan.

Di bawah ini saya selitkan vitamin yang saya ambil dan fungsi khasiatnya:


Jenis
Keterangan
Harga
Pek Percubaan
Harga
Pek Penuh
Set B
(Vitamin Asas Penyusuan dengan Alfalfa)
©        Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
©       Sesuai untuk semua ibu (termasuk yang tidak menyusukan anak)
©       Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
©       Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
©       Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu

***tidak boleh diambil oleh ibu/ibu yang mempunyai bayi elergi alfalfa, SLE & penyakit autoimmune yang lain
Bawah Rm100

Bawah RM280
Set Eu Four Pack (Vitamin Asas Penyusuan dengan Kalsium)
©       Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
©       Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid .
©       Alternatif kepada set B untuk ibu yang ada masalah dengan alfalfa.
©       Sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktosa.
©       Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D serta mineral lain.
Bawah RM150

Bawah RM300
Set E
(Set Penyusuan dengan Alfalfa dan Kalsium)
©       Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
©       Menambahkebaikan antara set B dengan set Eu Four Pack.

***tidak boleh diambil oleh ibu/ibu yang mempunyai bayi elergi alfalfa, SLE & penyakit autoimmune yang lain
Bawah RM150

Bawah RM300
Set Eu Four Pack Plus
(Vitamin Asas Penyusuan dengan Kalsium dan Protein)
©       Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium dan ESP, tanpa alfalfa.
©       Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan tapi alah dengan alfalfa.
©       Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi /induce relactation.
Bawah RM260

Bawah RM400
Set Triple M
(Set Penyusuan B, Lengkap dengan Kalsium dan ESP) - highly recommended!
©       Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
©       Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
©       Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation  
***tidak boleh diambil oleh ibu/ibu yang mempunyai bayi elergi alfalfa, SLE & penyakit autoimmune yang lain
Bawah RM300

Bawah RM450


*        Hubungi saya pada bila-bila masa untuk mendapatkan harga bagi setiap set.  Setiap set di atas adalah untuk memenuhi KEPERLUAN FISIOLOGI DALAMAN sahaja. Harus mengikuti konsep penyusuan (supply-demand) untuk penghasilan susu badan yang banyak dan mencukupi untuk si manja, dengan sokongan set-set kami; dan kami tidak menjamin keberkesanannya sekiranya Puan tidak mengepam susu badan mengikut jadual.


Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Ibu Lokek Susu

Assalamu 'alaikum,

Ha!!!  Terpana tak dengan topik Ibu Lokek Susu.  Sebenarnya, saya petik ini dari artikel Berita Harian - Lokek Susukan Zuriat....

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lokeksusukanzuriat/Article

Ada juga saya terfikir sebelum ini, tapi ragu-ragu nak suarakan pendapat.  Bila ada artikel yang menyokong buah fikiran saya ni, uih... semangat betul saya nak kongsikan di sini.

Baca tak artikel kat atas tadi tu?  Artikel tu tak penuh, yang penuh kena tengok akhbar, sisipan Ratu.  Ha, bacalah sendiri.... (Serius saya ni tau!!!)

Apa yang saya boleh kongsikan adalah:

  1. Memang dituntut dalam Agama Islam agar menyusukan anak sehinggalah anak berumur 2 tahun... Bagi yang tidak mahu meneruskan atau sekiranya perlu diputuskan susu, dibolehkan dan mestilah mendapat muafakat antara ibu & bapa si anak, atas sebab-sebab yang relevan.  Ibu-ibu yang berjaya menyusukan sehingga 2 tahun beerti berjaya menyempurnakan tugasnya (Al-Baqarah, Ayat 233).  Kan bagus, jika kita salah seorang darinya :);
  2. HANYA 1% daripada ibu menyusu di dalam dunia ini yang tidak mampu menyusukan anak atas faktor sakit dan sebagainya, jadi TIADA alasan sebenarnya melainkan si Ibu ini LOKEK sebenarnya;
  3. Sekiranya, susu merudum -  itu bukan alasan.  Banyak lagi makanan segar/semulajadi, vitamin, kaedah yang boleh membantu menambah susu.  Sekiranya si ibu memberikan alasan, susu dah tak ada sedangkan sebelum ini boleh menyusukan, tetapi tidak berusaha dari segi kesihatan, diet dan tidak memerah susu 2 - 4 jam sekali, tidak mencuba aktiviti power pumping (sekiranya susu betul-betul telah menyusut), tidak cuba berurut (tidaklah digalakkan kerana boleh merosakkan tisu-tisu payudara) itu bermakna, si ibu ini MALAS!!!
  4. Sedangkan wanita yang tidak pernah mengandung, yang belum berkahwin pun boleh menjadi ibu susuan, inikan pulak kita yang mengandung, melahirkan dan pernah menyusukan?  Bukanlah saya menyokong pengambilan ubat hormon bagi menghasilkan susu badan (apapun pilihan semulajadi tetap nombor 1 pilihan saya), tetapi ingin menegaskan dalam keadaan bukan semulajadi pun seseorang itu mampu menyusukan.  Beerti, kita perlu berusaha dan berkorban!!!  Bukan BERALASAN...
  5. Sekiranya, anak masih mahu menyusu sebelum mencapai usia 2 tahun, tapi kita yang tak mahu berikan atas sebab yang boleh dielakkan/diusahakan lagi, beerti kita tergolong dalam ibu yang ZALIM (secara halus).  Sedarkah kita?  Kita sendiri yang tahu apa yang kita lakukan...
  6. Sekurang-kurangya susukan lah selama 6 bulan, ingat lagi tak artikel saya tentang pneumonia? Pembunuh senyap kanak-kanak gara-gara tidak disusukan dengan susu ibu?  Baca sini:


Ha3... Minta maaflah sekiranya, tulisan kali ini agak pedas!!! Pedas ke?  Berdesing telinga?  Iskh3... mesti salah intonasi baca tinta saya di atas tu.  Bacalah dengan jiwa tenang, terbuka dan nada lembut.  Nada kasih sayang tu.  Apapun, sekiranya semua telah kita usahakan 100% dan lebih, tapi kita tak mampu juga, jangan bersedih pula.  Redha dengan Kehendak Tuhan.  Kalau setiap perahan, dapat sikit... pun Redha, ada juga.... Moga kita tidak tergolong dlm 1% tadi, kita tidak tergolong dalam ibu yang malas, kita tidak tergolong dalam ibu yang beralasan, kita tidak tergolong dalam ibu yang zalim dan kita BUKAN IBU YANG LOKEK SUSUKAN ANAK!!!

Sekiranya perlukan bantuan, banyak cara kita boleh dapat, kumpulan sokongan, merata di mana-mana.  Atas talian pun ada.  Cari sahaja di internet :)

Kalau nak ikut cara saya... Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Salam sayang!

Bayi Susu Ibu Semulajadi!!!

Assalamu 'alaikum,

Kali ni saya cuma nak kongsikan gambar ini!!! Tak sabar rasanya, itu yang dan-dan terus post dan publish sahaja!!!  Hi3...

Bayi Susu Ibu!  Kenapa saya tambah Semulajadi pada tajuk entri.. kerana bayi saya mendapat khasiat yang semulajadi dari vitamin yang saya ambil bagi menambah kualiti susu saya!!!  Sayang Akids!!!









































Nak kualitikan susu badan anda?  Pastikan dengan semulajadi!

Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Khasiat Si Bawang Merah

Assalamu 'alaikum & Salam Sejahtera,

Wahai wanita-wanita cantik sekalian, (who says?  who says ur not perfect? lalalalalala).  Okay seperti yang saya janjikan saya akan kongsikan tentang khasiat bawang merah pula kali ini.


Bawang mempunyai banyak kuasa penyembuhan dan penggalak kesihatan:  Bawah merah adalah agen anti-radang, anti-bakteria, dan pencair darah semula jadi.  Kaya dengan kromium, vitamin C dan serat pemakanan, bawang juga merupakan sumber yang baik bagi mangan, vitamin B6, tryptophan, folat dan kalium.

  Bawang merah sebenarnya adalah dalam golongan sayuran.  Ianya baik untuk memerangi kanser, artritis dan osteoporosis, malah ia juga membantu melawan jangkitan, selsema, demam, dan asma. Bawang juga membantu mencegah sembelit, meningkatkan peredaran darah, meningkatkan kesihatan gastrousus (sistem penghadaman)*, menggalakkan kesihatan jantung, dan untuk membantu tekanan darah yang lebih rendah dan trigliserida (kolesterol).


*Gastrousus yang sihat berfungsi sebagai satu rintangan bagi menyekat pencerobohan seperti bakteria tidak baik, toksin, alergen, bahan kimia dan bahan pencemar daripada menembusi badan kita dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.


Bawang adalah makanan yang sihat, tidak syak lagi. Malah sangat baik untuk wanita, yang mana empat kali lebih berkemungkinan seperti lelaki untuk mendapat osteoporosis - dan yang berada dalam risiko yang lebih tinggi untuk osteoporosis semasa dan selepas menopaus.  Bawang membantu mengelakkan kehilangan jisim tulang dengan memusnahkan osteoclasts, jenis sel tulang yang bertanggungjawab bagi pemecahan tulang.  Pada hakikatnya, bawang bekerja seperti bisphosphonates, jenis ubat-ubatan yang biasa diberikan untuk merawat atau mencegah penyakit tulang.  Tetapi tidak seperti  ubat mujarab, bawang memusnahkan osteoclasts tanpa kesan sampingan yang berbahaya.  Dan, seperti brokoli, bawang mujarab sebagai makanan pencegah kanser.  Penggunaan bawang yang tinggi telah dikaitkan dengan penurunan 25 peratus  risiko kanser payudara dan 73 peratus mengurangkan risiko kanser ovari.

Ahha... sebab itulah ia baik untuk wanita!!!

Okay, kita jumpa lagi untuk khasiat yang ketiga pula ye.  Tunggu!!!!

Artikel penuh:  http://vitaminibumenyusu.blogspot.com/2011/12/5-makanan-yang-mesti-wanita-ambil.html

Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Khasiat Brokoli

Selain terkenal sebagai agen perlindungan terhadap kanser, Fitonutrien yang kuat didalamnya, bukan sahaja membantu meneutralkan karsinogen, tetapi juga merangsang detoksifikasi enzim yang membantu badan menyahtoksin yang menyebabkan kanser dan lain-lain penyakit yang berbahaya. Indole-3-carbinol, sebatian lain yang ditemui dalam brokoli, terutamanya bagi wanita yang sihat, telah terbukti untuk mengurangkan risiko kanser payudara dan pangkal rahim dan membantu menyekat penyebaran kanser yang sedia ada. Sayur-sayuran hijau ini juga menjadi salah satu sumber makanan terkaya kaempferol yang telah menunjukkan manfaat perlindungan terhadap kanser ovari.

Brokoli juga merupakan sumber yang lebih tinggi folat, vitamin B yang diperlukan untuk membuat dan melindungi DNA, menghasilkan darah yang baru, membentuk sel-sel baru, dan mensintesis protein.  Folat juga telah terikat dengan penurunan risiko beberapa jenis kanser di kalangan orang dewasa.

Terdapat beberapa sebab-sebab mengapa nutrien ini adalah penting untuk kesihatan wanita khususnya. Pertama, folat adalah salah satu daripada nutrien yang paling penting untuk wanita hamil. Ia menyokong pembangunan sistem saraf janin dan melindungi kecacatan tiub (kelahiran) neural. Kedua, penyelidikan menunjukkan bahawa wanita dua kali ganda lebih berkemungkinan seperti lelaki mengalami kemurungan, dan banyak kajian telah mengaitkan kekurangan folat dengan kemurungan. Berita baik: Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa meningkatkan tahap folat boleh meningkatkan tahap serotonin dan meningkatkan gejala-gejala kemurungan. :)

Malah brokoli juga membantu mengekalkan kadar air dalam badan serta mencegah perut kembung.  Brokoli juga adalah antara sumber terbaik serat pemakanan dan vitamin C, K dan A, dan ia merupakan sumber yang baik bagi mangan, tryptophan, kalium, vitamin B, fosforus, magnesium dan protein. Ia juga tinggi dengan kalsium, besi, zink, dan vitamin E.  Fungsi-fungsi nutrien ini adalah dalam bentuk perkongsian: Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi, vitamin K sumber utama kalsium tulang, serat makanan pula menggalakkan penyerapan yang lebih baik bagi semua nutrien.

Cara mudah masak brokoli:  stimkan brokoli, kemudian campurkan dengan mentega atau margerin, gaul dan makan... nak lebih menarik, tambah la lobak merah semasa stimkan brokoli tu... yummy!!! 

Ahha itu baru cerita tentang brokoli tu..  Cerita tentang yang lagi empat tu?  Ha!!! Tunggu!!! Kita cerita nanti ye... Bos saya dah panggil tu...  (Bolehla ikuti saya melalui emel untuk dapatkan lagi 4 jenis makanan segar untuk wanita!!!  Mudah sahaja, pergi ke sebelah kanan blog saya dan isikan alamat emel anda!)  Eh.. bukan bermakna, saya tak nak kongsikan secara terbuka yang lagi empat tu!!!  Akan saya kongsikan dalam entri selepas ini, ilmukan tak boleh disimpan-simpan, mesti disebar-sebarkan... Tujuan saya minta ada ikuti melalui emel, supaya tak terlepas khasiat yang lagi empat jenis itu.  He3...

Artikel penuh:  http://vitaminibumenyusu.blogspot.com/2011/12/5-makanan-yang-mesti-wanita-ambil.html

Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

5 Makanan Yang Mesti Wanita Ambil Dengan Lebih!!!

Assalamu 'alaikum,

Wahai wanita-wanita yang sayangi diri dan keluarga serta keturunan.. (saya termasuklah tu... hi3)

Tips mudah untuk wanita kekal cantik dan sihat semulajadi!!!

Amalkan:
  1. Brokoli,
  2. Bawang Merah,
  3. Sayuran berdaun hijau,
  4. Kekacang dan bijian; dan
  5. Ikan Salmon.
Secara menyeluruh, 5 makanan ini tinggi dalam kandungan iron, magnesium, vitamin k, folat dan omega 3.  


Ada apa dengan Brokoli?


Brokoli  membantu mengekalkan kadar air dalam badan serta mencegah perut kembung.  Brokoli juga adalah antara sumber terbaik serat pemakanan dan vitamin C, K dan A, dan ia merupakan sumber yang baik bagi mangan, tryptophan, kalium, vitamin B, fosforus, magnesium dan protein. Ia juga tinggi dengan kalsium, besi, zink, dan vitamin 


Pst:  Brokoli memang kegemaran saya!!!


Lebih dari itu:  Klik sini untuk lagi tentang brokoli



Ada apa dengan Bawang Merah?


Bawang merah adalah anti-radang, antibakteria, dan agen penipis darah yang semula jadi (boleh mengurangkan kepekatan darah yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit merbahaya.  Ia juga kaya dengan vitamin C , kromium dan serat.  Malah ia juga satu sumber yang baik untuk mangan, vitamin B6, triptofan, folate dan kalium.

Pst:  Bawang merah saya suka kalau telah dimasak!!!

Lebih dari itu:  Klik sini untuk lagi tentang bawang merah.



Ada apa dengan Sayuran Berdaun Hijau?


Sayuran hijau mempunyai tahap tinggi Vitamin E, yang membantu mengelak keradangan, menopaus, antibakteria dan agen penipis darah yang semula jadi. Ia juga kaya dalam kromium, vitamin C , dan serat makanan, bawang juga satu sumber yang baik untuk mangan, vitamin B6, triptofan, folat dan kalium.


Pst:  Sayuran ni kalau saya tak makan, tak sah hidangan saya!!!

Lebih dari itu:  Klik sini untuk lagi tentang sayuran berdaun hijau.  (masih dalam penintaan)



Ada apa dengan Kekacang dan Biji-bijian?



Kekacang ialah satu sumber yang amat kaya dengan folat, serat, triptofan, protein, besi, magnesium dan kalium.  Kesemua kekacang ini  berkait dengan satu fungsi bagi mengurangkan risiko kencing manis, tekanan darah tinggi, dan kanser payudara.

Pst:  Yang ini memang kegemaran saya terutama kuaci dan badam.  Kacang yang paling elok diamalkan ialah badam kerana paling kurang kolesterol!!!

Lebih dari itu:  Klik sini untuk lagi tentang sayuran berdaun hijau.  (masih dalam penintaan)





Ada apa dengan Ikan Salmon?



Salmon adalah salah satu sumber makanan secara semulajadi yang kaya dalam vitamin D, diperlukan untuk menyerap kalsium, mengekalkan paras kalsium yang sesuai dalam darah dan menggalakkan pertumbuhan tulang biasa.  Disebabkan sifat-sifat ini, vitamin D dianggap sebagai satu nutrien penting dalam membantu menghalang osteoporosis.  Ikan salmon biru (dibahagian belakang badannya) adalah yang tertinggi dalam vitamin D.  Hidangan empat auns Sockeye menyediakan 739 IU vitamin D berbanding dengan salmon Chinook, yang menyediakan 411 IU untuk saiz sama.

Pst:  Yang ini bukan kegemaran saya.  Tapi selepas ini, saya akan pastikan ianya menjadi kegemaran saya!!!

Lebih dari itu:  Klik sini untuk lagi tentang Ikan Salmon (bukan yang diternak ye).  (masih dalam penintaan).






Ahha itu baru cerita sebahagian sahaja tu..  Lagi info tentang khasiat brokoli, boleh klik sini.  Cerita tentang yang lagi empat tu?  Ha!!! Tunggu!!! Kita cerita nanti ye... Bos saya dah panggil tu...  (Bolehla ikuti tinta saya tentang empat lagi jenis makanan tadi melalui emel.  Mudah sahaja, pergi ke sebelah kanan blog saya, cari, "Emelkan saya entri terkini" dan isikan alamat emel anda!)  Eh.. bukan bermakna, saya tak nak kongsikan secara terbuka yang lagi empat tu!!!  Akan saya kongsikan dalam entri selepas ini, ilmukan tak boleh disimpan-simpan, mesti disebar-sebarkan... Tujuan saya minta ada ikuti melalui emel, supaya tak terlepas khasiat yang lagi empat jenis itu.  He3... itu sahaja.  Tiada udang disebalik batu okay?   Oppss.. jangan lupa +1 artikel-artikel saya ye... Terima kaseh!!!


Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

GiveAway Kalendar Personal 2012 Kalis Air + 5 keping Gambar Saiz A4

Jom-jom main ketapi-ketapi!!!
Assalamu 'alaikum,

ehhehehe.. kali ini off topik sikit... sajer nak mencuba giveaway ni... seumur hidup, tak pernah, so nak tryla sekali... ada rezeki dapat, takder redha.. kan semua dengan Kehendak Ilahi, kita usahakan aje....

Macammana saya boleh berminat nak sertai giveaway ini?  Bukan best sangat pun?  Dapat kalendar aje.. bukan dapat Ipad2 ke.. ehhehee.. (ampun... penaja... hik3)  Tapi pada saya, giveaway ini best, sebab "Gambar Keluarga/Sendiri!!!"  Hi3.. Ini beerti, kalau menang dapatlah saya satu personalised calendar 2012 dengan gambar-gambar peribadi saya yang softcopy, yang mana saya tak pernah saya pergi cetak.  ehhehehe..  Famili kami, ada baaaanyaaaak3 gambar keluarga, tapi semua dalam bentuk softcopy.  Hardcopy?  erm.. haram!!! semuanya KOS beb...  Almaklum, banyak lagi perkara lain yang perlu didahulukan... uhuhuhuuh...

Ha3... itulah sebabnya, saya suka nak join giveaway ini... Hi3... Untung-untung, ada pihak tolong printkan koleksi gambar kami.  Gambar memberi seribu erti, inspirasi, idea, imbauan peristiwa, kenangan dan sebagainya.. woohuuuu!!!! Semoga saya menang... Keh3...

Alolololo... sayang cucu-cucu nenek!!!

Ala, ibu ni... tak sempat kitowang nak posing!!!

Tengoklah gambar-gambar kat atas tu... iskh.. jenuh pilih, ada beribu-ribu... tapi leh masukkan tiga aje... hik3 (ampun sekali lagi penaja & penganjur, jangan marah ha... - versi pendekar bujang lapok..)  Saya ambil masa dua jam lebih nak pilih gambar.  Punyalah banyak gambar.. ehehehee.... elleh, biasala.. rasa-rasanya orang lain pun sama macam saya juga kan?  

Okaylah tu, cukup-cukupla saya membebel dan pening cari gambar.. Okay, siap! tuan penganjur dan tuan & puan penaja.  Ehehe.... kasi chance eh... kui3...

Selamat memilih pemenang & Selamat menghantar entri untuk peserta!!!!  Waaachaaaa!!!!!

Salam sayang... Jangan lupa jaga kesihatan!!!

Hilangkan Kesan Jerawat

Assalamu 'alaikum dan Salam Sejahtera buat semua.  Topik yang biasa kita dengar, Jerawat!

Jerawat? Tidak!!!

Mana ada orang nak kata Ya! pada jerawat kan? Kecuali jika ditanya:


"Tahu apa itu jerawat? Ya! Tahu.  Takkanlah tak tahu!!!"  (Oppss, janganlah marah...)

"Awak ada jerawat? Ya! Ada."  (Kalau ada lah..)


Dulu.... Lama dulu, saya pun ada jerawat.... (Kalau ada gambar, boleh saya kongsikan.  Tapi pada masa ini, saya tak suka bergambar.  Hi3.. Malula katakan) hi3.... biasanya, orang kena jerawat umur belasan atau awal 20-an, saya terlewat sikit. Dalam usia lingkungan 28 tahun lebih kurang, saya dilanda jerawat.... tapi syukur, elok selepas beberapa ketika... Masa itu, saya amalkan Susu Kuda Liar (Kapsul, asli 100%).

Tapi kesan jerawat? erm.. jangan ditanya!!!! Banyak kesan di muka.... Hu3.. Sedih kejap... tapi tidak lagi sebab ternyata sekarang tidak lagi!!! selepas mengamalkan memakan vitamin. Akan tetapi pada ketika itu, saya makan Vitamin C, beli dari farmasi... farmaseutikal... Memang ada kesan, maka kuranglah kesan jerawat saya itu.  Saya teruskan untuk seketika. Kemudian, saya mengandung seterusnya melahirkan, seterusnya menyusukan... (masa ini saya dah tak makan apa-apa vitamin pun)

Tatkala saya mula bekerja, susu merudum... ahhh.. di kala ini lah, jenuh saya mencari pelbagai tips untuk menambah susu badan.... Akhirnya, saya terjumpa tentang set penyusuan Shaklee. Nak tak cuba? Ke tak nak? (ini dalam situasi nak tambah susu badan tau....) Cubalah.... ehehehhehe.... seronoknya selepas beberapa ketika, saya seronok sebab keberhasilan usaha saya tadi tu... saya teruskan sehingga anak saya tadi berusia hampir dua tahun sekarang... dan saya hamil lagi.. saya teruskan juga dengan set penyusuan itu.... (kecuali alfalfa)....

Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah:

Saya nak tambah susu badan:
ya.. memang bertambah malah berkualiti, lebih pekat, lebih vitamin, lebih khasiat, malah bayi kurang bergayut.  


Malah, kesan jerawat saya tadi hilang... (kalaupun ada sekarang ini, sikit aje...)
Bukan itu sahaja, kulit tambah cantik, awet muda gitu... rupa-rupanya, banyak khasiat vitamin-vitamin yang saya makan ini.  Ermmm... apa lagi, bertambahlah sukanya saya dengan Shaklee ni.  Ehheeeheeee....  


Harga?

Bukan Shaklee
Ada yang lebih murah, malah ada yang hampir sama harga dengan Shaklee yang saya makan ini.  Ingat tak tadi, saya ada bagitau saya ambil vitamin C farmaseutikal?  Lama juga saya ambil vitamin itu, berkali-kali pergi ke farmasi.  Kan saya ada tekankan kurang kesan jerawat tu?  Tapi kesannya, hanyalah pada kesan jerawat itu, tidak kepada kulit lebih sihat, tidak juga kepada kesihatan, tidak juga kepada tenaga.   Boleh juga baca ini:  vitamin tanpa silica gel atau sintetik, organik, semulajadi?

Shaklee
Pada saya vitamin Shaklee ini, alah membeli, menang memakai.... (bonus:  kawan-kawan semua boleh dapatkan dengan harga ahli dari saya).

Dengan kesan yang sangat memberangsangkan, Harga pula sangat berpatutan, sudah tentu Shaklee pilihan saya!!!


Hanya setelah mengamalkan vitamin semulajadi Shaklee, baru saya dapat rasakan perbezaannya.  Saya dapat lebih dari:  susu badan banyak, susu badan pekat.  Saya telah dapat kulit sihat, kedutan bawah mata hilang, kesan jerawat hilang dan kurang, badan lebih sihat dan bertenaga, walaupun ketika mengandung dan menyusukan!!!

Itupun, saya tak ambil Vitamin E tau... Kalau nak diikutkan, ada lagi rahsia kulit cantik 14 hari dengan Shaklee, akan saya kongsikan nanti.  Ha!  Apa lagi, jom bertindak!  Takkan dengar, baca atau lihat sahaja? Rasailah perbezaannya, macam saya, kalau tidak, tak akanlah saya bertahan dan masih setia sehingga 2 tahun ini.


Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

17 Risiko Kekurangan Protein

Assalamu 'alaikum,

Hari ini, saya rasa sungguh santai.  Walaupun kerja boleh kata berderet-deret, tapi saya tetap santai...  He3... Topik kali ini, saya nak kongsikan tentang kepentingan protein untuk tubuh badan kita.

Seperti yang kita semua tahu, badan kita terdiri daripada protein, sebab itulah dalam piramid makanan - kita wajib ambil protein dengan kuantiti yang disarankan.

Protein adalah makanan terpenting untuk tubuh badan kita.  Asal perkataan "protos" (Yunani) bermaksud pertama muncul atau mengambil tempat pertama.  Tubuh badan kita pula terdiri daripada protein - tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma.  Yang terbentuk daripada protein - antibodi, enzim, hormon.  Sebahagiannya adalah protein - hemoglobin (berfungsi untuk mengangkut oksigen ke sel-sel tubuh).  Sel-sel tubuh badan kita pula, bergantung kepada protein untuk berfungsi dengan baik bagi membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu yang dah lama (tua) serta menggantikan tisu-tisu yang rosak.  Ini beerti, jelas Protein penting untuk tubuh badan kita!


Risiko Kekurangan Protein
  1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  2. Penyakit buah pinggang
  3. Penyakit hati
  4. Penyakit ulser perut dan usus
  5. Penglihatan yang kurang baik
  6. Pengaliran darah yang tidak lancar
  7. Tahap kolesterol tinggi
  8. Kandungan gula dalam darah yang rendah
  9. Tekanan darah rendah
  10. Saraf tidak stabil
  11. Kurang daya penyembuhan luka
  12. Kurang daya tahan terhadap jangkitan
  13. Badan menggeletar
  14. Lesu
  15. Letih
  16. Tinggi kandungan air dalam tisu badan (water retention)
  17. Jika kekurangan protein ini berpanjangan, boleh menyebabkan terencat akal.

Struktur protein



















  • Blok binaan bagi protein terdiri daripada asid amino yang merupakan unsur asas bagi protein.
  • Ada 22 jenis asid amino yang bercantum dalam pelbagai cara untuk membentuk protein.
  • Asid amino ini terbahagi kepada 2 kumpulan:  Perlu (Essential) & Tidak Perlu (Non Essential)
  • Asid amino perlu ada 9 jenis.  Badan kita tidak boleh membuatnya.  Oleh kerana itu, kita perlu ambil dari pemakanan kita
  • Manakala Asid amino tak perlu pula ada 13 jenis,  ianya dihasilkan oleh badan kita daripada 9 asid amino perlu tadi.

Sumber Protein

Protein terbahagi kepada 2 kelas:

Kelas 1:   jenis makanan daripada haiwan seperti daging, ikan, ayam, susu, telur.
Kelas 2:   jenis makanan daripada tumbuh-tumbuhan terutama kemacang & biji-bijian.


Jenis Protein

Protein terbahagi kepada dua jenis:
  • Protein Lengkap - Jika makanan itu mengandungi kesemua 9 asid amino perlu (seperti yang di atas tadi) dalam jumlah yang betul untuk menyokong kesihatan sempurna maka ianya protein lengkap.  Nlai biologinya adalah yang tertingi kerana boleh digunakan dengan paling berkesan.
  • Protein Tak Lengkap - Jika makanan itu kekurangan mana-mana amino asid perlu (essential) ianya dinamakan protein tak lengkap.

Kelebihan Protein Shaklee



  • Protein jenis Lengkap
  • Daripada bahan terbaik soya dibandingkan dengan daging kerana kandungan protein dalam daging hanya 22% yang mana selebihnya adalah lemak
  • Tiada kolesterol
  • Kandungan Lemak sangat minimum (1 gram)
  • Kadar penghadamannya tinggi.  Ianya mudah diserap terus ke dalam darah.
  • Tanpa laktosa. (sejenis gula tambahan)
  • Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral & 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
  • Boleh dicampur dengan apa-apa minuman kesukaan atau jus buah-buahan kecuali kopi dan teh.

Saya suka Protein Shaklee sebab:  susu badan lebih pekat, kurang rasa lapar, kekal sihat, dan yang paling saya suka membantu struktur sel tubuh supaya kekal elok bentuknya (lebih tegang!!!)  Hihihi... 

Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...