Perbezaan Vitamin Sintetik, Organik & Semulajadi

Assalamu 'alaikum & Salam Sejahtera kepada semua!!!  Semoga kita terus sihat dan terus bernafas dengan Rahmat Allah (Tuhan)!!!


Okay, ingat tak pada post sebelum ini, ada saya kata nak kongsikan tentang perbezaan jenis-jenis vitamin?  Ahha!!!! Inilah masanya!!! (sementara tengah menunggu maklumbalas dari pihak-pihak yang patut beri maklumbalas kerja ni... keh3..., pssst:  kesempatan perlu digunakan sebaiknya!!!  Setuju kan?)


Okay, secara asasnya, Vitamin tergolong dalam tiga jenis, iaitu:  Sintetik, Organik & Semulajadi.  Kita tengok satu persatu okay.


SINTETIK
  • Nutrien vitamin ini dihasilkan dalam PERSEKITARAN MAKMAL.  Beerti bukan dari bahan semulajadi.
  • Bersumberkan dari TAR ARANG BATU.
  • Biasanya, ianya yang paling murah di pasaran kerana komponennya adalah BAHAN KIMIA.
  • Kebanyakan makanan tambahan adalah dari jenis ini.
  • Syarikat yang mementingkan keuntungan semata-mata akan menggunakan kaedah makmal ini.
  • Secara kimianya, vitamin ini tergolong dalam semulajadi tetapi dari segi STRUKTUR memang jauh berbeza dengan vitamin semulajadi.
  • Vitamin ini dilabelkan dengan "l".

ORGANIK
  • Nutrien yang khusus dipencilkan dari sumber semulajadi, biasanya menggunakan HABA, TEKANAN TINGGI ATAU PELARUT KIMIA YANG KUAT.
  • Ianya sama sekali TIDAK SAMA DENGAN VITAMIN SEMULAJADI disebabkan proses yang dilaluinya.
  • Semasa pemprosesannya, ia melibatkan haba yang berlebihan dan produk PETROLEUM biasanya digunakan menyebabkan ianya kehilangan nutrien.
  • Co-factor yang sepatutnya ada pada nutrien lesap atau rosak tanpa diganti.

SEMULAJADI
  • Dihasilkan dengan pemprosesan yang SEMINIMA MUNGKIN & KEPEKATAN NUTRIEN ADALAH DALAM KESEIMBANGAN YANG MENGHAMPIRI KEPADA KEADAAN IA DITEMUI DALAM ALAM SEMULAJADI.
  • Kos menghasilkannya LEBIH TINGGI berbanding sintetik.
  • Perlukan pelaburan yang tinggi dalam SUMBER SEMULAJADI YANG BERKUALITI.
  • Kebanyakan syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi kerana kos tinggi yang terpaksa ditanggung.
  • Enzim TIDAK ALAMI PERUBAHAN MELAMPAU DALAM PEMPROSESAN oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras.
  • TIDAK MENGGUNAKAN pengisi dan pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien.
  • Penyediaan BAHAN MENTAH DARI SUMBER SEMULAJADI YANG BERKUALITI.
  • IMBANGAN SEMULAJADI DIKEKALKA sebaik mungkin
  • Semulajadi adalah bio-kepadatan dan disimpan dalam tisu badan LEBIH LAMA berbanding sintetik.
  • Semulajadi LEBIH MUDAH ditukar oleh badan bagi menhalankan kepelbagaian fungsinya.

Haa.... itulah serba sedikit perbezaan antara ketiga-tiga jenis vitamin ini.  Jadi kesimpulannya, saya sarankan ELAKKAN vitamin sintetik demi kesejahteraan kita sendiri.  He3... ada yang senyum simpul pulak tu, apa katanya?  "Alah.. tak perlu ambil vitamin lagi senang!!!!, tak perlu nak pilih-pilih, sintetik ke organik ke semulajadi ke?, He3..." Kalau ada yang fikir begitu (ala yang senyum-senyum tadi tu, atau yang terpinga-pinga, jangan marah eh... saya punya indicator a.k.a antenna dah nyala, tu yang saya tahu tu...), baca ini..  

Oppss, tapi sebelum tu, mengapa saya kata elakkan vitamin sintetik?  Sebab:

  1. Ianya tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh kita kerana sistem enzim kita adalah semulajadi bukan makmal kan?
  2. Percubaan untuk memadankan enzim tubuh kita yang semulajadi ini dengan vitamin sintetik, psst.. lebih kurang sama seperti memadankan sarung tangan kanan ke tangan kiri... Biar betul beb?   
  3. Vitamin semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik, malah 42% lebih berkesan dari sintetik.


Ha3... ada juga rakan-rakan saya yang ketakutan, bila tahu beza dan kesan vitamin-vitamin ini, 
"La, selama ini, iye la aku ingat aku dah jaga betul badan aku, sayang betul badan aku, makan vitamin tiap hari.. Rupanya, Vitamin Palsu yang aku makan"
"Huh!  Ye ke?  Ceh, membazir je selama ini.."


(Sebenarnya, saya pun dulu tergolong dalam golongan ini, TAPI sekarang, TIDAK LAGI!!! Ya!!!)  Jadi, jangan berlengah lagi tukar lah dari Bukan Semulajadi kepada Semulajadi.  Boleh tanya dengan saya.  Boleh juga beli dengan saya... hi3.... Sharing is Caring kan?



Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...