Sehat Mempesona: Promosi Shaklee Khas Cuti Sekolah 2012

Sehat Mempesona: Promosi Shaklee Khas Cuti Sekolah 2012

Hubungi kami segera! Perkhidmatan kami sentiasa 24 jam sehari, 7 hari seminggu! 0162972050 / suteracitra@gmail.com / fb page: Pesona Asli Shaklee Online atau isi borang ini:http://vitaminibumenyusu.blogspot.com/p/tempahan.html

Mati kerana kecantikan!!! Berbaloikah kerana satu suntikan???

Para pencinta kecantikan,

Tahu tak? Mengenai seorang model di (China atau Korea - saya tak ingat) mati disebabkan oleh suntikan kolagen baru-baru ini.  Beliau nak lagi cantik lantas buat suntikan kolagen yg menelan belanja ribuan ringggit. Akhirnya, mati selepas beberapa jam kerana kegagalan jantung sejurus membuat suntikan tersebut?

Jadi, tolonglah rakan-rakan, pilihlah yang selamat dan semulajadi. Pastikan syarikat yang kita ambil produk atau perkhidmatannya yang memang terbukti berkesan dan telahpun puluhan tahun berkhidmat dengan selamat.  Tanpa rekod-rekod buruk dan sensasi!!!

Pilihan saya, Tok Demang (untuk cara tradisi yang telah dimodenkan) serta sudah pasti Shaklee (untuk suplemen moden)!!!  Dan saya telah lama gembira dengan pilihan saya dari dulu, kini dan selamanya, sudah tentu!!!


Hrmm... Ini satu lagi kes!  Mati sebab kecantikan!  Seorang wanita mati manakala 3 lagi kritikal di Hong Kong kerana nak sangat cantik.  Prosedur yang dibuat adalah transfusi darah bagi rawatan mencantikkkan kulit untuk tujuan awet muda lah tu.  Bagi kulit tegang, macam prosedur botox tapi kurang menyakitkan.

Walaupun media tidak menyatakan, apakah jenis prosedur yang di buat, saya yakin prosedur tersebut adalah prosedur Drakula.  Tujuannya sama seperti Botox tetapi kaedahnya berlainan.  Darah pelanggan tersebut diambil kemudian di campurkan DNA etc dan dimasukkan semula untuk mengaktifkan lagi hormon bagi awet muda dan tegang bagi seluruh badan (jika tidak silap).  Prosedur ini adalah prosedur baru yang telahpun mula diminati oleh negara-negara barat.  Kesan lebih memberangsangkan, dengan kurang kesakitan serta kos efektif?

Nak cantik punya pasal.. iskh!!! Takut saya.  Saya tidak taksub kecantikan.. har3.. yang sedang-sedang saja.. Daripada cucuk sana, cucuk sini, saya lebih suka amal suplemen atau vitamin yang semulajadi.

Sebagai contoh:

Vivix (sejenis tonik yang pekat, rasa masam manis.  Satu sudu teh sahaja sehari.  Melambatkan penuaan dan menyihatkan badan.  Dari beruban pun boleh hitam balik rambut tu.  Yang penting semulajadi, tiada kesan sampingan).


atau







Serbuk kolagen Shaklee bukan pracampuran.  Ianya asli dan semulajadi (RSS yang memang terbukti memberi kesan positif seawal 5 hari) 

atau

ESP.  Bukan hanya untuk kulit gebu, cerah, halus, malah boleh menegangkan payu dara serta memantapkan punggung, juga untuk awet muda serta membekalkan tenaga semulajadi yang berpanjangan.  Lebih dari itu, boleh menambah berat badan, mahupun mengurangkan berat badan.  (saya boleh berikan caranya, tapi kenalah beli dahulu ;) )


Nak lagi cantik?  Dengan kesan maksimum?  Erm.. tambahkan aje Vita C, Vita B-Comp, Vita E dan GLA Complex dari rangkaian Shaklee... Lihatlah sendiri hasilnya!!!  Janji konsisten dan betul cara makannya!!!






Pendek kata, saya gembira dengan pilihan yang telah saya buat!!!  Anda bagaimana?  Jangan pertaruhkan nyawa serta anggota kerana KECANTIKAN YANG TIDAK SEMULAJADI!!!  ho ho ho!!!

Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call /sms/whatsapp/wechat/viber saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera/PesonaAsli atau emel: suteracitra@gmail.com

APA KELEBIHAN DAN ISTIMEWA JADI AHLI SHAKLEE ATAU PENGEDAR SHAKLEE?


Salam sejahtera buat semua!!!

Let's get serious!!!

Saya pernah mengalami beberapa kegagalan dengan perniagaan, baik dari rumah secara fizikal mahupun secara maya.  Apatah lagi secara atas talian, pun pernah saya hadapi kegagalan.  Multi Level Marketing?  Hrmm.. jangan cakap, adalah juga saya cuba, pun semuanya tidak membuahkan hasil.

Tak apalah, cliche - "bukan rezeki saya" atau "usaha saya yang masih belum padu"

Tetapi, secara tidak sengaja saya terjebak dengan dunia Shaklee serta dunia keahlian Shaklee.   Pada mulanya, kerana mencari vitamin menambah susu badan.  Hrm.. siap ada pek istimewa yang menjimatkan lagi... (Almaklumlah, nak beli terus 1 set penuh dengan 4 jenis vitamin.. hi3... tak mahu saya.  Melainkan terbukti dah produk itu selamat dan berkesan, barulah saya berani melaburkan duit untuk 1 set penuh tersebut).  Saya terlibat dengan Shaklee sebagai pengguna (terus melarat jadi ahli Shaklee dah), sebulan pertama - mencuba set istimewa, terus saya jatuh cinta ambil set penuh yang bertahan hingga 6 bulan!!!  Dan nyata, ianya memberikan kesan yang amat memberangsangkan.

Bermula dari situlah saya berminat untuk berkongsi tentang kebaikan yang saya dapati dari amalan pemakanan suplemen ini.  Ternyata apabila kita amalkan suplemen, memang kita lebih sihat.  Macam dia --> Klik sini!!!  Juga, jangan dilupa dengan Rahmat Tuhan yang memperkenankan.. Syukur!!!  Oleh sebab itu, saya berkongsi kebaikan bersama yang terdekat.  Jadi saya pun mendaftar jadi pengedar... Omputih kata Independent Distributor… Jadi ahli Shaklee… Fantastik!!! Dah jadi pengedar, baru lah saya tahu bahawa Shaklee ini adalah syarikat MLM?  Owh... tidak!!! Semua kenangan pahit dan mimpi ngeri saya bakal berulang agaknya!!!  Huh!!!

Itulah pandangan pertama saya bila saya mula mengetahui tentang keahlian Shaklee yang MLM.  Timbul sedikit rasa sesalan kerana, ahh terjebak lagi aku!!! Sedangkan pernah saya berkata, "TIDAK KEPADA MLM".  Kemudian, saya menimbang-nimbang balik pemikiran spontan saya tadi.  Tak mengapa, saya akan cari dahulu kebaikan dan keburukan syarikat ini.  Kaji pula kisah "upline"2 saya.  Perlahan-lahan saya mendekatkan diri serta perlahan-lahan juga saya menggali serba sedikit tentang dunia keahlian Shaklee ini.

Ternyata kumpulan yang saya sertai bukan kumpulan yang calang-calang orangnya.  Upline saya dan upline2 diatasnya, juga bukan calang-calang orangnya!!!  Master weh!!! Master...!!!  Bayangkan, dalam tempoh beberapa bulan sahaja, ribuan distributor telah muncul.  Malah ada jua distributor yang telahpun menjadi Master hanya dalam tempoh 9 bulan (wah!!!!  Saya pun akan menyusul!!! - Dengan produk yang bagus dan network yang bagus, sudah tentu!!!)

Malah:
  • online dan offline training disediakan, 
  • support group disediakan, 
  • customer group disediakan, 
  • coaching disediakan, 
  • seminar disediakan, 
  • panduan disediakan, 
  • bimbingan perniagaan disediakan, 
  • bimbingan produk disediakan, 
  • sentuhan nurani jua turut disediakan,
  • diskusi tentang apa sahaja disediakan, namakan apa sahaja!!! 
  • dan ianya percuma!!! (tapi ada jugaklah yang berbayar - seminar, kalau semua percuma.... hrmmm lemaklah)

Dulu, saya pun tidak faham, kenapa mesti jual secara direct selling ni?  Apa kalau betul produk ni bagus, tak boleh jual terus ke kedai-kedai, pasaraya-pasaraya?  Sekarang, sejak berkecimpung dengan bisnes Shaklee ni, baru saya tahu mengapa?  Malah, banyak betul perkara tentang MLM dan apa sahaja tentang perniagaan yang saya belajar dari Grup LadyBoss Ahli Shaklee ni.  (Psst.. kalau dulu, masa saya gagal dengan macam-macam jenis MLM sebelum ini, saya tak pernah tahupun tentang banyak perkara mengenai perniagaan)  Ternyata, dengan kumpulan saya ini - baaannnyyaaaakkkkkk ilmu dapat percuma sahaja.

Huh bukan sahaja ilmu malah ... RM RM RM RM - Bonus beb, BONUS!!! (yang saya tak pernah dapat sebelum ini dengan MLM lain)  Sebab utamanya?  Shaklee fokus kepada penjualan produk-produknya, yang pelbagai dan bagus.  Bukan fokus kepada menarik ahli semata-mata atau fokus kepada 1 @ 2 produk sahaja!!!

Ini bukan omongan kosong ye!!! Ini realiti!!! 

Berbalik kepada kenapa direct sellling... Pernah tengok tak Shaklee mengiklankan produk di papan iklan, suratkhabar, televisyen, radio, dsb seperti H*** dan H****l***?  Tak pernah bukan?  Itulah yang membezakannya.  Shaklee mahupun ahli Shaklee tidak membazirkan peruntukan ke saluran-saluran promosi yang sememangnya mahal!  Penjimatan itulah yang membolehkan Shaklee membayar bonus ahli-ahlinya.  Dan beruntungnya lah pemakan-pemakan vitamin, pengguna-pengguna barang rumah, pengguna-pengguna produk kecantikan keluaran Shaklee ini.  Kenapa?  Kerana harga produk-produk ini jauh lebih murah dibandingkan dengan kualitinya!!!  Bagaimana boleh jual murah, jika produknya sangat bagus?  Kerana penjimatan tersebut tadi!!!  Sekiranya Shaklee (yang mempunyai kilang sendiri ini - owh ya... kebanyakan MLM lain tidak mempunyai kilang sendiri dan tidak mampu mengawal kualiti produk!!!  Mereka hanya memasarkan produk yang dihasilkan oleh kilang-kilang tertentu dan menjenamakannya semula) menggunakan konsep pemasaran biasa, sudah pasti harganya lebih mahal kerana kos yang terpaksa ditanggung  serta keuntungan yang terpaksa dikongsi  kepada pemborong, peruncit, logistik, sewa, promosi dan sebagainya!

Ha3.. sekarang nampak jelas kan? 

Jadi sekiranya, anda mahu turut serta bersama kami menjadi ahli Shaklee dan merasai pendapatan sampingan (yang satu hari nanti, pasti akan menjadi pendapatan utama keluarga - sepertimana yang berlaku kepada kebanyakan daripada kami - masing-masing berhenti kerja daripada pendapatan hampir 4 angka atau hampir 5 angka untuk fokus kepada bisnes Shaklee kerana bonusnya yang mampu mencecah 5 angka bulanan dengan konsisten (jauh lebih baik dari gaji bulanan), (fuh.. letih menaip, pendek nafas... hahahahaha), JANGAN BERLENGAH LAGI.  SERTAI KAMI SEGERA!!!  Jadilah ahli Shaklee macam saya dan Master2 yang lain.  Hubungi saya supaya dapat saya daftarkan anda tanpa berlengah lagi!!!  Ruginya lah hai jika kita bertangguh-tangguh!!!


Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com atau tweet Salwa Masdan atau G+ Citra Sutera

Sehat Mempesona: PROMOSI GILA GEMPAK OKTOBER 2012

Sehat Mempesona: PROMOSI GILA GEMPAK OKTOBER 2012

Hubungi kami segera! Perkhidmatan kami sentiasa 24 jam sehari, 7 hari seminggu! 0162972050 / suteracitra@gmail.com / fb page: Pesona Asli Shaklee Online atau isi borang ini:http://vitaminibumenyusu.blogspot.com/p/tempahan.html

Tips Tangani Rasa Bimbang Susu Ibu Tidak Banyak

Salam semua ibu-ibu manis,

Pernah tak ibu-ibu dihimpit rasa:

"alamak, perah tak dapat banyak ni, habislah.. mau tak cukup susu utk anak aku ni," atau
"iskh.. sedih betullah.. orang lain, syok je.. sekali perah sampai 10 oz lebih, aku?," atau
"dah macam-macam aku cuba, tapi susu banyak itu juga.. hrmm....., tak sampai 2 tahunla anak aku nyusu nih,"

Pertama sekali, saya nak ucap TAHNIAH!!! sebab jika seorang ibu itu terlintas di hatinya antara pemikiran begini, beerti anda seorang ibu yang memang ingin berjuang untuk penyusuan susu ibu sepenuhnya selama 2 tahun.  Betulkan? Give a big clap to yourself. Ini membuktikan anda benar-benar sayangkan anak dan ingin berikan yang terbaik untuk bayi anda (Saya cukup suka dengan ibu yang positif begini) :)

Tapi, adatlah kita manusia, ada masa rapuh dan kadangkala rapuh sangat!!! Betul tak?  Jadi, jangan bimbang.  Antara tips yang boleh saya kongsikan adalah:


  • Syukur dengan apa yang telah dikurniakan, berbanding dengan 1% ibu di dunia yang sememangya tidak mampu menyusukan?
  • Percayalah pada ketentuan ALLAH.  
  • Redhalah, nescaya lapanglah dada kita.
  • Percayalah yang kita telahpun usahakan yang terbaik.
  • Yakinlah yang setiap yang ditentukan itu ada sebabnya.
  • Sematkan dalam jiwa, pedulilah dengan hasil tuaian orang lain, Penuh satu chest freezer ke, deep freezer ke?  Ada aku kisah? bukan dia pun yang nak beri susu pada anak kita. (My body, my milk).
  • Sematkan dalam jiwa jua yang asalkan selagi ada stok untuk anak, oklah tu.
  • Terfikirkah yang terlebih susu jua turut sedikit membebankan (bagi ibu-ibu yang terlebih susu, jangan pula terasa hati dengan kenyataan ini) - kerana perlu beli peti ais lain pulak untuk menyimpannya.  Melainkan kita dari golongan berada.
  • Bagaimana pula dengan ruangan di dapur rumah?  Dah tak ada pulak ruang nak letak deep freezer yang baru di beli tadi.
  • Itu belum lagi nak melupuskan stok yang telah melebihi tarikh?
  • Juga yang penting sekali, jika kita terlalu bimbang dan gusar, susu badan kita boleh di ancam penurunan produksi.

Jadi, ibu-ibu, apa yang hendak dibimbangkan, setelah segala usaha diperjuangkan, let it be dear all mommy. :)  Tapi jika ibu2 masih mahu mengusahakan lagi untuk memperbanyakkan susu, galilah di blog saya ini.... ada banyak tips dan petua-petua yang boleh dicuba!!!

Bagaimana pula dengan saya? Pasti saya pun ada masa kerapuhan, nak-nak bila tengok peti makin kosong, tapi saya yakin bahawa hampir 8 bulan lagi, saya masih mampu menyusukan anak saya, secara ekslusif walaupun ruang beku saya dah ada ruang kosong.  Kenapa?  Saya yakin, apapun yang terjadi, semuanya dengan Rahmat ALLAH.  Lagipun anak-anak yang dah berusia setahun ni, kalau menyusu pun main-main sahaja, kecuali bila dia nak tidur.  Malah dah pandai minta minum apa yang kita minum...  Betulkan?



Perlukan pendengar luahan?  Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Sikap Ibu Susu: Harus Jitu & Teguh

Assalamu 'alaikum & Salam Sejahtera

Banyak dah saya saksikan kerapuhan daya juang ibu-ibu menyusu, tak kira apa jua jenis kerja dan latar belakang.  Sedikit rasa kecewa wujud di hati saya.  Saya bukan pesimis terhadap mereka, tetapi rasa ralat itu wujud tatkala melihat mereka lebih suka berikan anak susu formula kerana lebih mudah.  Bukan kerana diri tidak mampu.

Hrrmmmm... bagaimana ya saya nak bicarakan, agar titip kata saya tidak menyinggung mana-mana pihak?  Saya pun bukanlah pakar laktasi atau ibu contoh lagi mithali.  Tetapi, selagi saya mampu akan saya usahakan hingga ke titisan akhir.

Situasi yang terjadi di persekitaran kita sekarang ini:
  1. Surirumah - tapi tetap tidak menyusukan anak walaupun hanya untuk 6 bulan pertama.
  2. Bekerja di pejabat - tapi tetap tidak memerah, sedangkan punya masa untuk bersosial di alam maya atau sesama teman di pejabat serta punya pam susu elektrik.
  3. Bekerja di pejabat - tapi tetap tidak memerah kerana anak tidak tinggal bersama sedangkan tiap-tiap minggu balik berjumpa dengan bayinya.
  4. Bekerja di tapak (site) - Mungkin bukan 9 jam terus menerus kita di tapak.. malah kecanggihan teknologi sekarang, pam elektrik, bateri, malah boleh pam di dalam kereta dengan sambungan ke palam. 
  5. Ada juga yang terang-terang mengatakan malas!!! Dan lain-lain lagi.

http://pesonaasli.blogspot malas memerah susuTidak saya nafikan memang akan wujud rasa malas apabila kita nak memerah susu ini.  Saya sendiri pun begitu jua, tapi pucuk pangkal diri sendiri.  Rasa tanggung dan jawab itulah yang biasanya akan menguatkan dan mengatasi rasa malas kita tadi.  Benar menyusukan anak bukan wajib bagi setiap ibu.  Tapi tidakkah kita mahu yang terbaik untuk anak-anak kita? Andai katalah kita bukan dalam golongan yang mampu memberikan perkara-perkara terbaik pada anak-anak kita, tidakkah kita berpeluang untuk memberikannya susu kita yang ternyata nombor 1 terbaik di dunia?

He3... tenang.. tenang... janganlah serius sangat beb... har3.. apa-apapun kita yang tahu duduk perkara sebenar.. kita yang atur masa dan jadual kita.. kita yang rajin atau kita yang malas... Secara peribadi, saya suka menyusukan anak-anak saya kerana antara sebab utamanya adalah:  precious moment antara saya dan anak-anak.  Iyalah... masa itulah kita nak memeluknya, berpesan-pesan padanya, berborak-borak... sampailah dia atau kita juga turut terlena... Bukan lama pun.. dua tahun itu sahaja!!! (dengan Rahmat ALLAH)... 

Kalau rasa-rasa malas memerah, boleh dapatkan tips atasinya di sini.  Jadi, apa yang perlu bagi golongan kita yang menyusukan badan ini adalah sikap dan daya juang yang jitu dan teguh.  Selain daripada mengkualitikan susu perahan kita dengan pemakanan, kita jua harus sihat dan cergas. Dan yang lebih utama pemikiran dan sikap serta daya juang yang harus mampan dan jitu demi menjayakan ikrar kita untuk anak-anak yang tersayang!!!

Jom kita gandakan lagi usaha kita, berjuang hingga ke titisan akhir!!! 

Tahukah kita bahawa hanya 1% golongan ibu seluruh alam semesta ini yang benar2 tidak mampu untuk menyusukan bayinya? Baca ini: Lokek Susu

Perlukan bantuan? Hubungi saya k: Boleh call/whatsapp saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com atau PM di page fb: PesonaAsli

Tips atasi keletihan di bulan puasa

Wahai ibu-ibu menyusu n ibu-ibu hamil. Bagaimanakah puasa pertama Ramadhan anda wahai ibu-ibu?

Letih? Letih sangat? Lebih teruk lagi susu merudum malah menggigil badan?

Tidak mengapa. Jangan bimbang.. Masih belum terlewat untuk dapatkan.... Set 3M!!!

http://vitaminibumenyusu.blogspot.com/2012/05/bekerja-menyusui-perlu-ganti-puasa-tak.html

Baca tak link di atas tadi? Ha... Saya pasti ibu-ibu sayangkan bayi.. Sayangkan kilang susu kita.. ;-) sayangkan keluarga kita. Jadi jangan berlengah lagi... Jadilah 1 antara ribuan dari kami...

Semoga usaha kita membuahkan hasil terbaik!

posted from Bloggeroid

Kenapa protein soya penting bagi ibu hamil?

Salam semua,

Kali ini, VIB nak tekankan kepentingan soya kepada ibu-ibu hamil.  Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai ini.

Mengikut seorang doktor, protein soya penting bagi ibu hamil kerana ianya

  • membantu dari segi imunisasi semulajadi ibu dan bayi dalam kandungannya.  
  • Oleh kerana perubahan hormon yang dialami oleh ibu hamil, maka kadar ketahanan dari serangan penyakit menurun.  Oleh sebab itu pengambilan soya semulajadi membantu meningkatkan tahap imunisasi si ibu seterusnya pada fetus
  • apabila imunisasi badan menurun, virus yang tidak berbahaya pada ketika biasa boleh menjadi bahaya ketika hamil ini seterusnya memberi kesan kepada kandungan.

Oleh sebab itu, bolehlah amalkan susu soya semulajadi setiap hari ye, wahai ibu-ibu hamil yang comel n seksi (pada saya ibu hamil itu seksi).  Tapi pastikan yang semulajadi sahaja ye.  Jangan pula ambil yang mengandungi, pewarna, perasa serta pengawet.  Pastikan semulajadi serta GMO free seperti ini:



Antara testimoni ESP:



Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Tips Atasi Cabaran Malas Memerah Susu


Salam sayang semua.  

Tahniah, jika anda berada di VIB ini beerti anda seorang ibu atau bapa atau bakal ibu/bapa atau siapa sahaja anda yang mencari maklumat atau info atau apa jua tips berkenaan penyusuan susu ibu.

Untuk pengetahuan semua, saya giat menjalankan aktiviti memerah susu, menyusui walau dimana saya berada, bekerja, di rumah, outing, kerja luar, kursus, di padang permainan.  Saya cuba menerapkan nilai penyusuan susu ibu di mana-mana dengan harapan, ramai lagi para ibu-ibu akan menjejaki cara saya dan ramai lagi di luar sana yang juga seperti saya.  Apa yang kami dapat? Dapat kepuasan bila semakin ramai yang celik mata dan ringan usaha memartabatkan penyusuan susu ibu ini.  Siapa yang untung?  Bayi kita juga kita.  Betul tak? (terbayang pulak wajah polos bayi saya yang sentiasa tersenyum sambil menyusu & kadang-kadang sambil berlagu pulak tu.  Indahnya pengalaman itu).

Dalam post sebelum ini -> dilema-memilih-pam-susu-yang-terbaik ada disentuh sedikit mengenai pengorbanan memerah susu (sikit aje).  Sekarang ini, saya nak berkongsi lagi mengenai perkara ini.  Perkara ini umum mengetahuinya.  Secara peribadi, saya sendiri mengalami cabaran untuk memerah susu… iaitu penyakit M – Malas.  Hai… kesiannya kat baby kalau ibu malas…  Jangan risau ye. Perkara ini biasa di kalangan ibu-ibu.

Oleh itu antara tips yang boleh saya kongsikan adalah:
  1. Letakkan tuntutan Deenul Islam mengenai penyusuan susu ibu di tempat pertama.  Ingat je dalam hati, minda dan jiwa yang seelok-eloknya susui lah bayi kita dengan susu kita sendiri.
  2. Ingatlah bahawa, susu ibu ini anugerah ciptaan TOHAN buat kita selepas diberikan anugerah mengandung dan melahirkan bayi kita yang comel sangat tu. (takkan pulak kita nak sia-siakannya)
  3. Ingatlah bahawa susu ibu ini tak ternilai nilainya dan tiada ciptaan yang setanding dengan khasiatnya (ALLAH MAHA PEMBERI).
  4. Ingatlah bahawa anak ini anak kita (bukan anak soya dll, ini bukan untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, sekadar sebagai motivasi buat diri sendiri ye..)
  5. Ingatlah bahawa risiko tidak memerah susu antaranya:  bengkak susu, bengkak susu yang dibiarkan boleh menyebabkan kelenjar tersumbat. Dalam kes terlewat, boleh akibatkan nanah serta dibedah untuk dibuang nanah, darah & lendir tersebut.
  6. Ingatlah bahawa risiko tidak memerah susu juga mengakibatkan susu semakin kurang memandang tiada lagi permintaan. (konsep pengeluaran & permintaan)
  7. Ingatlah bahawa dengan memerah susu, susuk badan ibu boleh mengecil (mecantikkan susuk badan, serta mengempiskan perut).
  8. Ingatlah bahawa kita telah pernah bercita-cita dan berjanji untuk menyusukan bayi kita secara ekskusif khusus buatnya. (bukankah kita dilarang memungkiri janji, melainkan atas sebab-sebab kita tidak lagi berdaya)
  9. Ingatlah jua bahawa, kita telah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli satu set lengkap keperluan penyusuan.  Adakah kita mahu membazirkannya?
  10. Ingatlah bahawa, pada ketika kita memerah susu untuknya menyemarakkan lagi rasa kasih kita padanya.
Itulah antara tips yang boleh saya beri sebagai panduan agar kita semua dapat meneruskan perjuangan penyusuan susu ibu.  Syukur, saya dah memerah susu selama 2 tahun 4 bulan bagi anak-anak.  Mungkin ada pula di antara kita ini, yang bersuara di hati, “nak pam canernya?  Susu pun tak ada, awak bolehla sebab ada susu”. Jangan khuatir, saya juga telah sediakan tips tambah susu badan. Klik sini: dan Sini.  Untuk info juga, menurut kajian yang telah dibuat, hanya 1% ibu di dalam dunia ini yang benar-benar tidak mampu memerah susu secara semulajadi.

Apa yang boleh saya katakan, rasailah sendiri pengalaman menyusukan si kecil, entahlah sukar saya gambarkan betapa seronoknya saya melihat dia menyusu terus dari saya sambil berborak2 dan mengucapkan kata nasihat kepadanya.  Dengan Rahmat ALLAH dan niat suci kita yang diiringi dengan usaha, pasti membuahkan hasil.  Go Ibu, Go Mama, Go Emak, Go Ummi... Go3... 



Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Dilema? Tips memilih pam susu terbaik.


Salam sejahtera buat ibu-ibu serta bapa-bapa,

Dah melahirkan? Baru sahaja? Tahniah. Bakal melahirkan? Jangan bimbang, enjoy ur pregnancy period to the fullest!!! (percayalah, ini antara pengalaman terbaik dalam hidup seorang ibu)

Bagi yang baru merasai menjadi ibu, sudah pasti berkobar-kobar, berdebar, bersemangat. Yang sudah bergelar ibu pula, tidak pernah tercicir dari merasa perasaan yang sama.  Dalam zaman era moden kini, bertuah betul kita.  Semua dihujung jari. Maklumat kehamilan, penyusuan, carta perkembangan bayi, waktu subur semuanya ada.  Itu belum lagi imbasan 3D, 4D bagi mengetahui jantina dan kesehatan bayi.  Haih… tidakkah kita beruntung, hidup di zaman moden ini? Syukur Ya ALLAH.

Namun wujud pula dilema memilih pam susu bagi ibu-ibu pula.  Mana tidaknya, lambakan pam susu yang pelbagai bentuk, saiz, warna dan fungsi.  Haih…. Dah jadi satu masalah pulak mencari pam susu terbaik buat kita dan si manja.  Pengalaman saya sendiri.. tidaklah begitu mudah.  Sediakan duit aje lah.. he3.. tidak juga… Sebenarnya kriteria pemilihan pam susu adalah bergantung pada pemikiran dan kehendak serta keperluan kita sendiri.

Seperti saya, saya mahukan yang kompak, comel, ringan, mudah, menyamai hisapan bayi, multi way . baik bateri mahupun elektrik. Dan bajet pulak taklah banyak sgt.  Jadi saya memilih ameda lactaline. 
Ini bukan promo produk ye.  Inilah yang saya gunakan dan hampir 2 tahun setengah.  Syukur, masih bernyawa dengan sempurna.  Malah jika dibandingkan dengan kos membeli susu formula yang baik untuk bayi saya, 2 tahun lebih yang sudah dah pulang kos pembelian pam susu ini.




Jadi perkara yang perlu dititik beratkan ialah:
  1. Rekabentuk – besar ke kecil ke?
  2. Berat – Ringan ke berat? Tidak akan menyakitkan bahu kita terutama apabila kita kembali membawa hasil perahan
  3. Ketahanan – Berapa lama boleh tahan?
  4. Kepelbagaian – Boleh ke digunakan dengan elektrik @ bateri @ kereta? Bateri pula yang bagaimana? AA, @ bateri khas?
  5. Fungsi – Boleh digunakan sebagai single pump @ double pump?
  6. Sedutan dan Kitaran – Bolehkah kita mengawal tahap sedutan dan kitarannya?
  7. Material - BPA free kah?
  8. Proven Airlock Protection - fungsi ini membolehkan angin dari pam tidak diserap masuk melalui tiub ke dalam botol susu.  Beerti susu perahan kita tidak tercemar/bercampur dengan udara dari pam itu sendiri.

Itulah antara ciri-ciri  yang perlu dititikberatkan (mengikut kesesuaian peribadi).  Soal harga? Ikutlah kemampuan sendiri. Tak dapat pam elektrik, bateri pun tak apa.. tak dapat bateri, manual pun tak salah. Perah guna tangan?  Hrm... hebat, kamu memang jitu. Sebab yang penting sebenarnya, semangat dan pengorbanan.  Kalau kita rapuh dalam semangat dan pengorbanan, lupakan sahaja dunia penyusuan susu ibu. (Betul ni, saya dah tengok banyak contoh depan mata).  Bukan mudah bergelar ibu, apatah lagi ibu menyusu. (Akan saya kupas dalam post yang akan datang).



Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...