Tips Tambah Susu Badan - Aktiviti

Assalamu 'alaikum,


Semua Sihat?  Saya sihat dan bertenaga!!!


Pada post sebelum ini, ada saya kongsikan tentang Tips Tambah Susu Badan - Pemakanan.  Kali ini, kita sambung pula dari segi aktiviti.



Melalui urutan, sambil berselawat (bagi yang muslim):
  1. Sikat payudara (ye!!! macam sikat rambut tu.. he3... sangat sesuai jika mengalami bengkak susu), baca selawat pastu sikat pada sekeliling payudara ke arah areola (puting)....bahagian atas, bawah, kanan dan kiri ke arah puting;
  2. Cuci areola untuk elakkan tersumbat liang2 puting susu;
  3. Sebelum mengepam, letakkan kedua belah tangan ke atas payudara dan urut dari atas terus lurutkan ke bawah...; dan
  4. Boleh rujuk kepada tukang urut yang pandai mengurut urat yang stimulasikan susu.


Masa mengepam (EBM), sambil berselawat (bagi yang muslim):
  1. Cuba pam sekerap mungkin, lagi banyak kita pam...lagi banyak pengeluaran susu contohnya 3jam sekali;
  2. Waktu malam bagi bayi kita  kerap menyusu DB (Direct Breastfeed) sebab boleh memperbanyakkan pengeluaran susu juga;
  3. Bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti kilang susu kita akan produce susu baru.... apa omputih kata, no demand no production; dan
  4. Sebelum pam minum air suam dulu....lepas pam pun minum juga sebab tentu-tentu kita haus!

Cara lain:
  1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara. Lakukan setiap hari;
  2. Layur daun mengkudu, kemudian tekapkan pada payudara sebelum memakai coli;
  3. Tuam tuala suam ke atas payudara;
  4. Urut belakang, payudara;
  5. beli pam susu yang bersesuaian;
  6. Kerap menyusu bayi;
  7. Jangan tertekan walau apapun, jangan fikirkan perkara yang menyusahkan hati.  Banyak istigfar dan beselawat (bagi yang Muslim)
  8. Doa
  9. Tawakkal
Apapun yang kita buat pasti yang terbaik untuk anak kita, betulkan?  Sebab kita sayang mereka.  Merakalah harta akhirat kita.   


Akids!!!, Ibu sayang kamu semua!!! (oppss... tiba-tiba mention anak sendiri pulak... ha3... jangan marah ha!!)


Sumber asal:  https://www.facebook.com/bebymaembong


Apa lagi, hubungi saya k: 
Boleh call saya - 0162972050 atau 
pm via fb: Citra Sutera atau 
emel: suteracitra@gmail.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...