Tips Tangani Rasa Bimbang Susu Ibu Tidak Banyak

Salam semua ibu-ibu manis,

Pernah tak ibu-ibu dihimpit rasa:

"alamak, perah tak dapat banyak ni, habislah.. mau tak cukup susu utk anak aku ni," atau
"iskh.. sedih betullah.. orang lain, syok je.. sekali perah sampai 10 oz lebih, aku?," atau
"dah macam-macam aku cuba, tapi susu banyak itu juga.. hrmm....., tak sampai 2 tahunla anak aku nyusu nih,"

Pertama sekali, saya nak ucap TAHNIAH!!! sebab jika seorang ibu itu terlintas di hatinya antara pemikiran begini, beerti anda seorang ibu yang memang ingin berjuang untuk penyusuan susu ibu sepenuhnya selama 2 tahun.  Betulkan? Give a big clap to yourself. Ini membuktikan anda benar-benar sayangkan anak dan ingin berikan yang terbaik untuk bayi anda (Saya cukup suka dengan ibu yang positif begini) :)

Tapi, adatlah kita manusia, ada masa rapuh dan kadangkala rapuh sangat!!! Betul tak?  Jadi, jangan bimbang.  Antara tips yang boleh saya kongsikan adalah:


  • Syukur dengan apa yang telah dikurniakan, berbanding dengan 1% ibu di dunia yang sememangya tidak mampu menyusukan?
  • Percayalah pada ketentuan ALLAH.  
  • Redhalah, nescaya lapanglah dada kita.
  • Percayalah yang kita telahpun usahakan yang terbaik.
  • Yakinlah yang setiap yang ditentukan itu ada sebabnya.
  • Sematkan dalam jiwa, pedulilah dengan hasil tuaian orang lain, Penuh satu chest freezer ke, deep freezer ke?  Ada aku kisah? bukan dia pun yang nak beri susu pada anak kita. (My body, my milk).
  • Sematkan dalam jiwa jua yang asalkan selagi ada stok untuk anak, oklah tu.
  • Terfikirkah yang terlebih susu jua turut sedikit membebankan (bagi ibu-ibu yang terlebih susu, jangan pula terasa hati dengan kenyataan ini) - kerana perlu beli peti ais lain pulak untuk menyimpannya.  Melainkan kita dari golongan berada.
  • Bagaimana pula dengan ruangan di dapur rumah?  Dah tak ada pulak ruang nak letak deep freezer yang baru di beli tadi.
  • Itu belum lagi nak melupuskan stok yang telah melebihi tarikh?
  • Juga yang penting sekali, jika kita terlalu bimbang dan gusar, susu badan kita boleh di ancam penurunan produksi.

Jadi, ibu-ibu, apa yang hendak dibimbangkan, setelah segala usaha diperjuangkan, let it be dear all mommy. :)  Tapi jika ibu2 masih mahu mengusahakan lagi untuk memperbanyakkan susu, galilah di blog saya ini.... ada banyak tips dan petua-petua yang boleh dicuba!!!

Bagaimana pula dengan saya? Pasti saya pun ada masa kerapuhan, nak-nak bila tengok peti makin kosong, tapi saya yakin bahawa hampir 8 bulan lagi, saya masih mampu menyusukan anak saya, secara ekslusif walaupun ruang beku saya dah ada ruang kosong.  Kenapa?  Saya yakin, apapun yang terjadi, semuanya dengan Rahmat ALLAH.  Lagipun anak-anak yang dah berusia setahun ni, kalau menyusu pun main-main sahaja, kecuali bila dia nak tidur.  Malah dah pandai minta minum apa yang kita minum...  Betulkan?



Perlukan pendengar luahan?  Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...