Tips Atasi Cabaran Malas Memerah Susu


Salam sayang semua.  

Tahniah, jika anda berada di VIB ini beerti anda seorang ibu atau bapa atau bakal ibu/bapa atau siapa sahaja anda yang mencari maklumat atau info atau apa jua tips berkenaan penyusuan susu ibu.

Untuk pengetahuan semua, saya giat menjalankan aktiviti memerah susu, menyusui walau dimana saya berada, bekerja, di rumah, outing, kerja luar, kursus, di padang permainan.  Saya cuba menerapkan nilai penyusuan susu ibu di mana-mana dengan harapan, ramai lagi para ibu-ibu akan menjejaki cara saya dan ramai lagi di luar sana yang juga seperti saya.  Apa yang kami dapat? Dapat kepuasan bila semakin ramai yang celik mata dan ringan usaha memartabatkan penyusuan susu ibu ini.  Siapa yang untung?  Bayi kita juga kita.  Betul tak? (terbayang pulak wajah polos bayi saya yang sentiasa tersenyum sambil menyusu & kadang-kadang sambil berlagu pulak tu.  Indahnya pengalaman itu).

Dalam post sebelum ini -> dilema-memilih-pam-susu-yang-terbaik ada disentuh sedikit mengenai pengorbanan memerah susu (sikit aje).  Sekarang ini, saya nak berkongsi lagi mengenai perkara ini.  Perkara ini umum mengetahuinya.  Secara peribadi, saya sendiri mengalami cabaran untuk memerah susu… iaitu penyakit M – Malas.  Hai… kesiannya kat baby kalau ibu malas…  Jangan risau ye. Perkara ini biasa di kalangan ibu-ibu.

Oleh itu antara tips yang boleh saya kongsikan adalah:
  1. Letakkan tuntutan Deenul Islam mengenai penyusuan susu ibu di tempat pertama.  Ingat je dalam hati, minda dan jiwa yang seelok-eloknya susui lah bayi kita dengan susu kita sendiri.
  2. Ingatlah bahawa, susu ibu ini anugerah ciptaan TOHAN buat kita selepas diberikan anugerah mengandung dan melahirkan bayi kita yang comel sangat tu. (takkan pulak kita nak sia-siakannya)
  3. Ingatlah bahawa susu ibu ini tak ternilai nilainya dan tiada ciptaan yang setanding dengan khasiatnya (ALLAH MAHA PEMBERI).
  4. Ingatlah bahawa anak ini anak kita (bukan anak soya dll, ini bukan untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, sekadar sebagai motivasi buat diri sendiri ye..)
  5. Ingatlah bahawa risiko tidak memerah susu antaranya:  bengkak susu, bengkak susu yang dibiarkan boleh menyebabkan kelenjar tersumbat. Dalam kes terlewat, boleh akibatkan nanah serta dibedah untuk dibuang nanah, darah & lendir tersebut.
  6. Ingatlah bahawa risiko tidak memerah susu juga mengakibatkan susu semakin kurang memandang tiada lagi permintaan. (konsep pengeluaran & permintaan)
  7. Ingatlah bahawa dengan memerah susu, susuk badan ibu boleh mengecil (mecantikkan susuk badan, serta mengempiskan perut).
  8. Ingatlah bahawa kita telah pernah bercita-cita dan berjanji untuk menyusukan bayi kita secara ekskusif khusus buatnya. (bukankah kita dilarang memungkiri janji, melainkan atas sebab-sebab kita tidak lagi berdaya)
  9. Ingatlah jua bahawa, kita telah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli satu set lengkap keperluan penyusuan.  Adakah kita mahu membazirkannya?
  10. Ingatlah bahawa, pada ketika kita memerah susu untuknya menyemarakkan lagi rasa kasih kita padanya.
Itulah antara tips yang boleh saya beri sebagai panduan agar kita semua dapat meneruskan perjuangan penyusuan susu ibu.  Syukur, saya dah memerah susu selama 2 tahun 4 bulan bagi anak-anak.  Mungkin ada pula di antara kita ini, yang bersuara di hati, “nak pam canernya?  Susu pun tak ada, awak bolehla sebab ada susu”. Jangan khuatir, saya juga telah sediakan tips tambah susu badan. Klik sini: dan Sini.  Untuk info juga, menurut kajian yang telah dibuat, hanya 1% ibu di dalam dunia ini yang benar-benar tidak mampu memerah susu secara semulajadi.

Apa yang boleh saya katakan, rasailah sendiri pengalaman menyusukan si kecil, entahlah sukar saya gambarkan betapa seronoknya saya melihat dia menyusu terus dari saya sambil berborak2 dan mengucapkan kata nasihat kepadanya.  Dengan Rahmat ALLAH dan niat suci kita yang diiringi dengan usaha, pasti membuahkan hasil.  Go Ibu, Go Mama, Go Emak, Go Ummi... Go3... 



Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...