Sikap Ibu Susu: Harus Jitu & Teguh

Assalamu 'alaikum & Salam Sejahtera

Banyak dah saya saksikan kerapuhan daya juang ibu-ibu menyusu, tak kira apa jua jenis kerja dan latar belakang.  Sedikit rasa kecewa wujud di hati saya.  Saya bukan pesimis terhadap mereka, tetapi rasa ralat itu wujud tatkala melihat mereka lebih suka berikan anak susu formula kerana lebih mudah.  Bukan kerana diri tidak mampu.

Hrrmmmm... bagaimana ya saya nak bicarakan, agar titip kata saya tidak menyinggung mana-mana pihak?  Saya pun bukanlah pakar laktasi atau ibu contoh lagi mithali.  Tetapi, selagi saya mampu akan saya usahakan hingga ke titisan akhir.

Situasi yang terjadi di persekitaran kita sekarang ini:
  1. Surirumah - tapi tetap tidak menyusukan anak walaupun hanya untuk 6 bulan pertama.
  2. Bekerja di pejabat - tapi tetap tidak memerah, sedangkan punya masa untuk bersosial di alam maya atau sesama teman di pejabat serta punya pam susu elektrik.
  3. Bekerja di pejabat - tapi tetap tidak memerah kerana anak tidak tinggal bersama sedangkan tiap-tiap minggu balik berjumpa dengan bayinya.
  4. Bekerja di tapak (site) - Mungkin bukan 9 jam terus menerus kita di tapak.. malah kecanggihan teknologi sekarang, pam elektrik, bateri, malah boleh pam di dalam kereta dengan sambungan ke palam. 
  5. Ada juga yang terang-terang mengatakan malas!!! Dan lain-lain lagi.

http://pesonaasli.blogspot malas memerah susuTidak saya nafikan memang akan wujud rasa malas apabila kita nak memerah susu ini.  Saya sendiri pun begitu jua, tapi pucuk pangkal diri sendiri.  Rasa tanggung dan jawab itulah yang biasanya akan menguatkan dan mengatasi rasa malas kita tadi.  Benar menyusukan anak bukan wajib bagi setiap ibu.  Tapi tidakkah kita mahu yang terbaik untuk anak-anak kita? Andai katalah kita bukan dalam golongan yang mampu memberikan perkara-perkara terbaik pada anak-anak kita, tidakkah kita berpeluang untuk memberikannya susu kita yang ternyata nombor 1 terbaik di dunia?

He3... tenang.. tenang... janganlah serius sangat beb... har3.. apa-apapun kita yang tahu duduk perkara sebenar.. kita yang atur masa dan jadual kita.. kita yang rajin atau kita yang malas... Secara peribadi, saya suka menyusukan anak-anak saya kerana antara sebab utamanya adalah:  precious moment antara saya dan anak-anak.  Iyalah... masa itulah kita nak memeluknya, berpesan-pesan padanya, berborak-borak... sampailah dia atau kita juga turut terlena... Bukan lama pun.. dua tahun itu sahaja!!! (dengan Rahmat ALLAH)... 

Kalau rasa-rasa malas memerah, boleh dapatkan tips atasinya di sini.  Jadi, apa yang perlu bagi golongan kita yang menyusukan badan ini adalah sikap dan daya juang yang jitu dan teguh.  Selain daripada mengkualitikan susu perahan kita dengan pemakanan, kita jua harus sihat dan cergas. Dan yang lebih utama pemikiran dan sikap serta daya juang yang harus mampan dan jitu demi menjayakan ikrar kita untuk anak-anak yang tersayang!!!

Jom kita gandakan lagi usaha kita, berjuang hingga ke titisan akhir!!! 

Tahukah kita bahawa hanya 1% golongan ibu seluruh alam semesta ini yang benar2 tidak mampu untuk menyusukan bayinya? Baca ini: Lokek Susu

Perlukan bantuan? Hubungi saya k: Boleh call/whatsapp saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com atau PM di page fb: PesonaAsli

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...