DISIPLIN BARU BERHASIL?

Assalamu 'alaikum... Diharap para pembaca semuanya sihat wal afiat... (macam saya... Alhamdu LILLAHI)

Kali ini, kita cerita sikit tentang:

Disiplin? Disiplin baru berhasil?  Ha!!! Betul tu.... Ambil contoh:  Mengepam Susu Ibu!!!

Dulu, masa anak kedua, saya mengepam sehari dua kali je.  Pagi dan petang (itupun kadang-kadang ada miss), tapi sekarang masa anak ketiga ni, saya mengepam 3 kali... Biasanya, jam 7.30 pagi, 11.30 pagi dan 3.00 petang..  Memang ada perbezaannya tau.   Kalau dulu, dapat dalam 4 oz, sekarang lain.  Kalau pagi biasanya dapat 10 oz (pernah juga 12 oz - best2...), tengahari dan petang dapat dalam 5 - 7 oz...

Sebab itu la saya katakan Ya!  Mesti mengepam susu dengan disiplin.  Kalau ada urusan yang tidak dapat dielakkan, nak buat macammana kan?  Saya pun alami juga, sekali sekala... Selagi boleh, kita usahakan.  Selagi terdaya, kita usahakan.  Mental dan fizikal mesti sama pergi (maksudnya, sama kuat, sama jalan)

D.I.S.I.P.L.I.N -->  4 + 9 + 19 + 9 + 16 + 12 + 9 + 14 = 92



Kata orang, campuran bilangan ikut turutan ABC bagi perkataan DISIPLIN membawa 92% terhadap kejayaan kita.  Bolehlah kita pegang sebagai teori untuk memotivasikan kita bagi mencapai kecemerlangan dalam kejayaan usaha mengepam kita tu.  Bila difikir-fikirkan, ada betulnya juga... Untuk kita menjadi 100% disiplin, agak mustahil, kita terikat dengan macam-macam perkara dalam hidup seharian kita.  Jadi cukuplah sekadar memberi 92% Disiplin dalam usaha kita tu.  Kalau kita betul-betul dapat mengepam 3 kali sehari tapi waktu memgepam kita mungkin berlainan sedikit jadi tak dapatlah 100% tu kan?  Setuju?

Ada seorang sahabat saya, pada mula mengepam, hanya dapat 1oz sahaja.  Tetapi setelah beberapa hari mengepam dengan disiplin, akhirnya dapat 3oz - 4oz.  Sukanya dia, begitu juga saya.  Syukur Alhamdu LILLAHI...

Setakat itu, buat kali ini.

Dengan kehendak Tuhan, apa yang kita inginkan dan telah kita usahakan, pasti menjadi.

-- Sentiasa POSITIF -- (cuba kira berapa % pulak POSITIF ni... hik3)

Boleh call saya - 0162972050 atau
 pm via fb: Citra Sutera atau
emel: suteracitra@gmail.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...