Kenapa protein soya penting bagi ibu hamil?

Salam semua,

Kali ini, VIB nak tekankan kepentingan soya kepada ibu-ibu hamil.  Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai ini.

Mengikut seorang doktor, protein soya penting bagi ibu hamil kerana ianya

  • membantu dari segi imunisasi semulajadi ibu dan bayi dalam kandungannya.  
  • Oleh kerana perubahan hormon yang dialami oleh ibu hamil, maka kadar ketahanan dari serangan penyakit menurun.  Oleh sebab itu pengambilan soya semulajadi membantu meningkatkan tahap imunisasi si ibu seterusnya pada fetus
  • apabila imunisasi badan menurun, virus yang tidak berbahaya pada ketika biasa boleh menjadi bahaya ketika hamil ini seterusnya memberi kesan kepada kandungan.

Oleh sebab itu, bolehlah amalkan susu soya semulajadi setiap hari ye, wahai ibu-ibu hamil yang comel n seksi (pada saya ibu hamil itu seksi).  Tapi pastikan yang semulajadi sahaja ye.  Jangan pula ambil yang mengandungi, pewarna, perasa serta pengawet.  Pastikan semulajadi serta GMO free seperti ini:



Antara testimoni ESP:



Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Tips Atasi Cabaran Malas Memerah Susu


Salam sayang semua.  

Tahniah, jika anda berada di VIB ini beerti anda seorang ibu atau bapa atau bakal ibu/bapa atau siapa sahaja anda yang mencari maklumat atau info atau apa jua tips berkenaan penyusuan susu ibu.

Untuk pengetahuan semua, saya giat menjalankan aktiviti memerah susu, menyusui walau dimana saya berada, bekerja, di rumah, outing, kerja luar, kursus, di padang permainan.  Saya cuba menerapkan nilai penyusuan susu ibu di mana-mana dengan harapan, ramai lagi para ibu-ibu akan menjejaki cara saya dan ramai lagi di luar sana yang juga seperti saya.  Apa yang kami dapat? Dapat kepuasan bila semakin ramai yang celik mata dan ringan usaha memartabatkan penyusuan susu ibu ini.  Siapa yang untung?  Bayi kita juga kita.  Betul tak? (terbayang pulak wajah polos bayi saya yang sentiasa tersenyum sambil menyusu & kadang-kadang sambil berlagu pulak tu.  Indahnya pengalaman itu).

Dalam post sebelum ini -> dilema-memilih-pam-susu-yang-terbaik ada disentuh sedikit mengenai pengorbanan memerah susu (sikit aje).  Sekarang ini, saya nak berkongsi lagi mengenai perkara ini.  Perkara ini umum mengetahuinya.  Secara peribadi, saya sendiri mengalami cabaran untuk memerah susu… iaitu penyakit M – Malas.  Hai… kesiannya kat baby kalau ibu malas…  Jangan risau ye. Perkara ini biasa di kalangan ibu-ibu.

Oleh itu antara tips yang boleh saya kongsikan adalah:
  1. Letakkan tuntutan Deenul Islam mengenai penyusuan susu ibu di tempat pertama.  Ingat je dalam hati, minda dan jiwa yang seelok-eloknya susui lah bayi kita dengan susu kita sendiri.
  2. Ingatlah bahawa, susu ibu ini anugerah ciptaan TOHAN buat kita selepas diberikan anugerah mengandung dan melahirkan bayi kita yang comel sangat tu. (takkan pulak kita nak sia-siakannya)
  3. Ingatlah bahawa susu ibu ini tak ternilai nilainya dan tiada ciptaan yang setanding dengan khasiatnya (ALLAH MAHA PEMBERI).
  4. Ingatlah bahawa anak ini anak kita (bukan anak soya dll, ini bukan untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, sekadar sebagai motivasi buat diri sendiri ye..)
  5. Ingatlah bahawa risiko tidak memerah susu antaranya:  bengkak susu, bengkak susu yang dibiarkan boleh menyebabkan kelenjar tersumbat. Dalam kes terlewat, boleh akibatkan nanah serta dibedah untuk dibuang nanah, darah & lendir tersebut.
  6. Ingatlah bahawa risiko tidak memerah susu juga mengakibatkan susu semakin kurang memandang tiada lagi permintaan. (konsep pengeluaran & permintaan)
  7. Ingatlah bahawa dengan memerah susu, susuk badan ibu boleh mengecil (mecantikkan susuk badan, serta mengempiskan perut).
  8. Ingatlah bahawa kita telah pernah bercita-cita dan berjanji untuk menyusukan bayi kita secara ekskusif khusus buatnya. (bukankah kita dilarang memungkiri janji, melainkan atas sebab-sebab kita tidak lagi berdaya)
  9. Ingatlah jua bahawa, kita telah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli satu set lengkap keperluan penyusuan.  Adakah kita mahu membazirkannya?
  10. Ingatlah bahawa, pada ketika kita memerah susu untuknya menyemarakkan lagi rasa kasih kita padanya.
Itulah antara tips yang boleh saya beri sebagai panduan agar kita semua dapat meneruskan perjuangan penyusuan susu ibu.  Syukur, saya dah memerah susu selama 2 tahun 4 bulan bagi anak-anak.  Mungkin ada pula di antara kita ini, yang bersuara di hati, “nak pam canernya?  Susu pun tak ada, awak bolehla sebab ada susu”. Jangan khuatir, saya juga telah sediakan tips tambah susu badan. Klik sini: dan Sini.  Untuk info juga, menurut kajian yang telah dibuat, hanya 1% ibu di dalam dunia ini yang benar-benar tidak mampu memerah susu secara semulajadi.

Apa yang boleh saya katakan, rasailah sendiri pengalaman menyusukan si kecil, entahlah sukar saya gambarkan betapa seronoknya saya melihat dia menyusu terus dari saya sambil berborak2 dan mengucapkan kata nasihat kepadanya.  Dengan Rahmat ALLAH dan niat suci kita yang diiringi dengan usaha, pasti membuahkan hasil.  Go Ibu, Go Mama, Go Emak, Go Ummi... Go3... 



Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Dilema? Tips memilih pam susu terbaik.


Salam sejahtera buat ibu-ibu serta bapa-bapa,

Dah melahirkan? Baru sahaja? Tahniah. Bakal melahirkan? Jangan bimbang, enjoy ur pregnancy period to the fullest!!! (percayalah, ini antara pengalaman terbaik dalam hidup seorang ibu)

Bagi yang baru merasai menjadi ibu, sudah pasti berkobar-kobar, berdebar, bersemangat. Yang sudah bergelar ibu pula, tidak pernah tercicir dari merasa perasaan yang sama.  Dalam zaman era moden kini, bertuah betul kita.  Semua dihujung jari. Maklumat kehamilan, penyusuan, carta perkembangan bayi, waktu subur semuanya ada.  Itu belum lagi imbasan 3D, 4D bagi mengetahui jantina dan kesehatan bayi.  Haih… tidakkah kita beruntung, hidup di zaman moden ini? Syukur Ya ALLAH.

Namun wujud pula dilema memilih pam susu bagi ibu-ibu pula.  Mana tidaknya, lambakan pam susu yang pelbagai bentuk, saiz, warna dan fungsi.  Haih…. Dah jadi satu masalah pulak mencari pam susu terbaik buat kita dan si manja.  Pengalaman saya sendiri.. tidaklah begitu mudah.  Sediakan duit aje lah.. he3.. tidak juga… Sebenarnya kriteria pemilihan pam susu adalah bergantung pada pemikiran dan kehendak serta keperluan kita sendiri.

Seperti saya, saya mahukan yang kompak, comel, ringan, mudah, menyamai hisapan bayi, multi way . baik bateri mahupun elektrik. Dan bajet pulak taklah banyak sgt.  Jadi saya memilih ameda lactaline. 
Ini bukan promo produk ye.  Inilah yang saya gunakan dan hampir 2 tahun setengah.  Syukur, masih bernyawa dengan sempurna.  Malah jika dibandingkan dengan kos membeli susu formula yang baik untuk bayi saya, 2 tahun lebih yang sudah dah pulang kos pembelian pam susu ini.




Jadi perkara yang perlu dititik beratkan ialah:
  1. Rekabentuk – besar ke kecil ke?
  2. Berat – Ringan ke berat? Tidak akan menyakitkan bahu kita terutama apabila kita kembali membawa hasil perahan
  3. Ketahanan – Berapa lama boleh tahan?
  4. Kepelbagaian – Boleh ke digunakan dengan elektrik @ bateri @ kereta? Bateri pula yang bagaimana? AA, @ bateri khas?
  5. Fungsi – Boleh digunakan sebagai single pump @ double pump?
  6. Sedutan dan Kitaran – Bolehkah kita mengawal tahap sedutan dan kitarannya?
  7. Material - BPA free kah?
  8. Proven Airlock Protection - fungsi ini membolehkan angin dari pam tidak diserap masuk melalui tiub ke dalam botol susu.  Beerti susu perahan kita tidak tercemar/bercampur dengan udara dari pam itu sendiri.

Itulah antara ciri-ciri  yang perlu dititikberatkan (mengikut kesesuaian peribadi).  Soal harga? Ikutlah kemampuan sendiri. Tak dapat pam elektrik, bateri pun tak apa.. tak dapat bateri, manual pun tak salah. Perah guna tangan?  Hrm... hebat, kamu memang jitu. Sebab yang penting sebenarnya, semangat dan pengorbanan.  Kalau kita rapuh dalam semangat dan pengorbanan, lupakan sahaja dunia penyusuan susu ibu. (Betul ni, saya dah tengok banyak contoh depan mata).  Bukan mudah bergelar ibu, apatah lagi ibu menyusu. (Akan saya kupas dalam post yang akan datang).



Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Feel free to contact VIB

Salam semua. Cuma nak beritahu, VIB available on whatsapp ye. Citra Sutera Annajaah @ 0162972050

posted from Bloggeroid

Ibu tak jemu perah susu untukmu sayang

Menjadi ibu bukan mudah... Jadi manusia bukan mudah.. Lagi susah bg yg faham benar faham...

Sesibuk mana pun ibu... Untukmu tetap ibu usahakan... Meskipun ibu di dalam kereta di KLIA... tetap ibu lunaskan... sebab ibu bertanggungjawab memberi yang terbaik untukmu.. Untukmu.. Untukmu... Semuanya hanyalah untukmu......

Jadi anak yang soleh dan mendengar kata ya.... Senangkan hati ibu hingga akhir hayat ibu.... Susu buat bekalan mu Isnin ini mmg super sedap n pekat sbb ibu dah minum ESP tadi tau...




posted from Bloggeroid

ASI (Air Susu Ibu) Masih Memberangsangkan

Cuba tengok hasil tuaian saya ni. Hari ni lewat sikit memerah susu sebab tuntutan kerja. Tapi tetap akan saya perah. Untuk makluman, kedua-dua botol ini penuh sehingga ke leher botol. Beerti kurang lebih 12oz.

Psst.. Anak saya dah setahun lebih... Pandai pulak demand nak yg fresh saja. Yang dah beku tak nak sgt, melainkan terpaksa.. Hu3... 3 peti ais ruang beku dipenuhi susu utk si kecil sahaja... Dan sekarang dia nak yang fresh shj. Tak aperlah.. Boleh ibu buat mandi susu... Terbaik...




posted from Bloggeroid

Kesan buruk toksin dengan cara hidup masa kini? Iskh!!! Bahaya!!!

Salam semua, terutama ibu-ibu dan suami ibu-ibu...  eh yang bukan golongan dua itupun penting, sebab satu hari nanti, atau satu masa dulu kita juga adalah ibu serta suami.

Sedar atau separa sedar, hidup zaman moden ni, menuntut kita menjaga betul pemakanan kita.  Setuju tak?  Iyalah kalau zaman tok nenek moyang kita dulu, sayur, petik belakang rumah, tanam sendiri, baja pulak baja asli.  Biarlah sayuran tu dimakan dek ulat... tak apa... sebab itu organik... Itu petanda sayur tu organik sbb ulat sudi makan.

Jangan zaman sekarang ni, sayur cantik berkilat, buahpun begitu juga, uiihhh... mmg cantik, tapi rupanya sebab ulat tak makan - sebab ada semburan racun makhluk perosak.  Buah punya berkilat, licin rupanya ada lapisan lilin utk pastikan buah tetap cantik bila tiba di tangan pengguna akhir macam kita.  Nak elakkan, tanamlah sendiri.  Tak mampu nak tanam?  Belilah yang organik.. Aiseh.... cakap tentang beli sayur/buah dan lain-lain yang organik ni... pergh... mahal betul la yang organik ni.. kenapa eh?  Ini kes pun tak mampu juga kita dibuatnya..

Habis tu macammana?  Lebih parah lagi apabila, kita ni jenis penggemar makanan segera... seminggu berkali-kali makan makanan segera.  Sedar tak makanan segera banyak perasa, pewarna, bahan tambahan serta pengawet yang membahayakan?  MSG contohnya.  Sedar tak, semakin hari, semakin banyak toksin berkumpul dalam sistem badan kita? Sedar tak dengan pengumpulan toksin dalam badan beerti risiko mendapat penyakit meningkat?  Penyakit apa?   Antaranya:

  • Kanser/Tumor,
  • Migrain, 
  • Sembelit,
  • Demam/Selsema,
  • Berat badan naik,
  • Hipertensi
  • Strok
  • Jantung
  • Kadar kolesterol dalam darah berlebihan
  • Badan lemah lesu
  • Lingkaran gelap bawah mata atau hitam di kulit di mana-mana bahagian badan
  • penyakit kulit yang tak sembuh-sembuh (eczmea, psoriasis, jerawat dll)
  • kurang rasa untuk bersenggama
  • selulit
  • sistem imun badan rendah dan lain-lain.

Jadi, janganlah ambil remeh mengenai toksin dalam badan kita ni.  Banyak menjurus kepada penyakit merbahaya kalau dibiarkan.  Tahu tak dari mana datangnya toksin dalam badan kita?  Bukan sekadar pemakanan sahaja, yang mana antaranya penggunaan racun perosak, perasa, pewarna, pengawet (lebih-lebih lagi mereka yang suka makan buah yang telah di awet seperti jeruk).  Logam berat seperti raksa dan plumbum, udara tercemar, bahan pestisid, sisa-sisa ubat perskripsi, Malah, tahukah kita, tekanan perasaan (stress) boleh menjurus kepada emosi dan fikiran negatif yang akan mengeluarkan ion negatif ke dalam sistem badan kita.

Eleh, biasalah tu, semua orang makan makanan segera, semua orang beli sayur/buah yang tidak organik, semua orang beli ikan/daging/ayam yang telah di awet.  Susah nak elak dah benda-benda macam ni... Betul!!! Itu juga di fikiran saya, tapi kita ada pilihan untuk nyahtoksin sistem badan kita supaya dapat kita kurangkan kesan sampingan toksin yang kita dapati dari apa yang kita amalkan dan makan.  Jadi, tidakkah kita ini insan tidak sempurna yang mampu mengelak dari mengalirkan toksin ke dalam sistem badan sendiri?

Jadi apa pilihan yang kita ada?  VIB menyarankan nyahtoksin/detoks secara semulajadi dari dalam badan.  Kenapa, badan kita semulajadi dan semua yang di luaran, lahirnya dari dalam.  Apa pulak kena mengena nyahtoksin dengan ibu menyusu ni?  Haisshhh... mestilah kena mengena, ibu sehat, bayi pun sehat.  Ibu jaga makan, bayi pun sehat.

Apa pula detoks ni?  Detoks adalah proses pengeluaran racun atau zat-zat yang menjadi racun dalam badan.  Proses detoks ini melibatkan usus besar dan juga hati.  Kenapa?  Kerana setiap zat yang masuk ke dalam badan kita, menyerap melalui darah di dinding-dinding usus. Beerti toksin juga turut menyerap melalui darah di dinding-dinding usus.  Kerana itulah detoks usus itu penting.. Jangan pula kita fikir, saya setiap hari membuang.. tak pernah miss... 1 hari sampai 3 kali membuang.  Eh3... Cik adik, ini bukan jaminan toksin-toksin juga telah kita buang sekali ye.

Pilihan di VIB -

  1. Melalui air (3L) dan serat yang banyak - kulit, usus serta buah pinggang membantu proses detoks secara semulajadi.  Itu sebabnya kita perlu minum banyak air dan serat buah-buahan/sayur-sayuran.
  2. Berpuasa - juga membantu detoks.
  3. Bersenam diikuti dengan minum air.
  4. Suplemen semulajadi bebas dadah seperti Liver DTX Complex, Garlic Complex, Herb-Lax serta Alfalfa Complex.
Jadi, jomlah detoks, ibu sehat, kurang toksin, bayi lagi sehat.  Hubungi saya untuk maklumat lanjut serta klik sini untuk info lanjut.



Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...