Khasiat Si Bawang Merah

Assalamu 'alaikum & Salam Sejahtera,

Wahai wanita-wanita cantik sekalian, (who says?  who says ur not perfect? lalalalalala).  Okay seperti yang saya janjikan saya akan kongsikan tentang khasiat bawang merah pula kali ini.


Bawang mempunyai banyak kuasa penyembuhan dan penggalak kesihatan:  Bawah merah adalah agen anti-radang, anti-bakteria, dan pencair darah semula jadi.  Kaya dengan kromium, vitamin C dan serat pemakanan, bawang juga merupakan sumber yang baik bagi mangan, vitamin B6, tryptophan, folat dan kalium.

  Bawang merah sebenarnya adalah dalam golongan sayuran.  Ianya baik untuk memerangi kanser, artritis dan osteoporosis, malah ia juga membantu melawan jangkitan, selsema, demam, dan asma. Bawang juga membantu mencegah sembelit, meningkatkan peredaran darah, meningkatkan kesihatan gastrousus (sistem penghadaman)*, menggalakkan kesihatan jantung, dan untuk membantu tekanan darah yang lebih rendah dan trigliserida (kolesterol).


*Gastrousus yang sihat berfungsi sebagai satu rintangan bagi menyekat pencerobohan seperti bakteria tidak baik, toksin, alergen, bahan kimia dan bahan pencemar daripada menembusi badan kita dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.


Bawang adalah makanan yang sihat, tidak syak lagi. Malah sangat baik untuk wanita, yang mana empat kali lebih berkemungkinan seperti lelaki untuk mendapat osteoporosis - dan yang berada dalam risiko yang lebih tinggi untuk osteoporosis semasa dan selepas menopaus.  Bawang membantu mengelakkan kehilangan jisim tulang dengan memusnahkan osteoclasts, jenis sel tulang yang bertanggungjawab bagi pemecahan tulang.  Pada hakikatnya, bawang bekerja seperti bisphosphonates, jenis ubat-ubatan yang biasa diberikan untuk merawat atau mencegah penyakit tulang.  Tetapi tidak seperti  ubat mujarab, bawang memusnahkan osteoclasts tanpa kesan sampingan yang berbahaya.  Dan, seperti brokoli, bawang mujarab sebagai makanan pencegah kanser.  Penggunaan bawang yang tinggi telah dikaitkan dengan penurunan 25 peratus  risiko kanser payudara dan 73 peratus mengurangkan risiko kanser ovari.

Ahha... sebab itulah ia baik untuk wanita!!!

Okay, kita jumpa lagi untuk khasiat yang ketiga pula ye.  Tunggu!!!!

Artikel penuh:  http://vitaminibumenyusu.blogspot.com/2011/12/5-makanan-yang-mesti-wanita-ambil.html

Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

Khasiat Brokoli

Selain terkenal sebagai agen perlindungan terhadap kanser, Fitonutrien yang kuat didalamnya, bukan sahaja membantu meneutralkan karsinogen, tetapi juga merangsang detoksifikasi enzim yang membantu badan menyahtoksin yang menyebabkan kanser dan lain-lain penyakit yang berbahaya. Indole-3-carbinol, sebatian lain yang ditemui dalam brokoli, terutamanya bagi wanita yang sihat, telah terbukti untuk mengurangkan risiko kanser payudara dan pangkal rahim dan membantu menyekat penyebaran kanser yang sedia ada. Sayur-sayuran hijau ini juga menjadi salah satu sumber makanan terkaya kaempferol yang telah menunjukkan manfaat perlindungan terhadap kanser ovari.

Brokoli juga merupakan sumber yang lebih tinggi folat, vitamin B yang diperlukan untuk membuat dan melindungi DNA, menghasilkan darah yang baru, membentuk sel-sel baru, dan mensintesis protein.  Folat juga telah terikat dengan penurunan risiko beberapa jenis kanser di kalangan orang dewasa.

Terdapat beberapa sebab-sebab mengapa nutrien ini adalah penting untuk kesihatan wanita khususnya. Pertama, folat adalah salah satu daripada nutrien yang paling penting untuk wanita hamil. Ia menyokong pembangunan sistem saraf janin dan melindungi kecacatan tiub (kelahiran) neural. Kedua, penyelidikan menunjukkan bahawa wanita dua kali ganda lebih berkemungkinan seperti lelaki mengalami kemurungan, dan banyak kajian telah mengaitkan kekurangan folat dengan kemurungan. Berita baik: Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa meningkatkan tahap folat boleh meningkatkan tahap serotonin dan meningkatkan gejala-gejala kemurungan. :)

Malah brokoli juga membantu mengekalkan kadar air dalam badan serta mencegah perut kembung.  Brokoli juga adalah antara sumber terbaik serat pemakanan dan vitamin C, K dan A, dan ia merupakan sumber yang baik bagi mangan, tryptophan, kalium, vitamin B, fosforus, magnesium dan protein. Ia juga tinggi dengan kalsium, besi, zink, dan vitamin E.  Fungsi-fungsi nutrien ini adalah dalam bentuk perkongsian: Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi, vitamin K sumber utama kalsium tulang, serat makanan pula menggalakkan penyerapan yang lebih baik bagi semua nutrien.

Cara mudah masak brokoli:  stimkan brokoli, kemudian campurkan dengan mentega atau margerin, gaul dan makan... nak lebih menarik, tambah la lobak merah semasa stimkan brokoli tu... yummy!!! 

Ahha itu baru cerita tentang brokoli tu..  Cerita tentang yang lagi empat tu?  Ha!!! Tunggu!!! Kita cerita nanti ye... Bos saya dah panggil tu...  (Bolehla ikuti saya melalui emel untuk dapatkan lagi 4 jenis makanan segar untuk wanita!!!  Mudah sahaja, pergi ke sebelah kanan blog saya dan isikan alamat emel anda!)  Eh.. bukan bermakna, saya tak nak kongsikan secara terbuka yang lagi empat tu!!!  Akan saya kongsikan dalam entri selepas ini, ilmukan tak boleh disimpan-simpan, mesti disebar-sebarkan... Tujuan saya minta ada ikuti melalui emel, supaya tak terlepas khasiat yang lagi empat jenis itu.  He3...

Artikel penuh:  http://vitaminibumenyusu.blogspot.com/2011/12/5-makanan-yang-mesti-wanita-ambil.html

Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

5 Makanan Yang Mesti Wanita Ambil Dengan Lebih!!!

Assalamu 'alaikum,

Wahai wanita-wanita yang sayangi diri dan keluarga serta keturunan.. (saya termasuklah tu... hi3)

Tips mudah untuk wanita kekal cantik dan sihat semulajadi!!!

Amalkan:
  1. Brokoli,
  2. Bawang Merah,
  3. Sayuran berdaun hijau,
  4. Kekacang dan bijian; dan
  5. Ikan Salmon.
Secara menyeluruh, 5 makanan ini tinggi dalam kandungan iron, magnesium, vitamin k, folat dan omega 3.  


Ada apa dengan Brokoli?


Brokoli  membantu mengekalkan kadar air dalam badan serta mencegah perut kembung.  Brokoli juga adalah antara sumber terbaik serat pemakanan dan vitamin C, K dan A, dan ia merupakan sumber yang baik bagi mangan, tryptophan, kalium, vitamin B, fosforus, magnesium dan protein. Ia juga tinggi dengan kalsium, besi, zink, dan vitamin 


Pst:  Brokoli memang kegemaran saya!!!


Lebih dari itu:  Klik sini untuk lagi tentang brokoli



Ada apa dengan Bawang Merah?


Bawang merah adalah anti-radang, antibakteria, dan agen penipis darah yang semula jadi (boleh mengurangkan kepekatan darah yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit merbahaya.  Ia juga kaya dengan vitamin C , kromium dan serat.  Malah ia juga satu sumber yang baik untuk mangan, vitamin B6, triptofan, folate dan kalium.

Pst:  Bawang merah saya suka kalau telah dimasak!!!

Lebih dari itu:  Klik sini untuk lagi tentang bawang merah.



Ada apa dengan Sayuran Berdaun Hijau?


Sayuran hijau mempunyai tahap tinggi Vitamin E, yang membantu mengelak keradangan, menopaus, antibakteria dan agen penipis darah yang semula jadi. Ia juga kaya dalam kromium, vitamin C , dan serat makanan, bawang juga satu sumber yang baik untuk mangan, vitamin B6, triptofan, folat dan kalium.


Pst:  Sayuran ni kalau saya tak makan, tak sah hidangan saya!!!

Lebih dari itu:  Klik sini untuk lagi tentang sayuran berdaun hijau.  (masih dalam penintaan)



Ada apa dengan Kekacang dan Biji-bijian?



Kekacang ialah satu sumber yang amat kaya dengan folat, serat, triptofan, protein, besi, magnesium dan kalium.  Kesemua kekacang ini  berkait dengan satu fungsi bagi mengurangkan risiko kencing manis, tekanan darah tinggi, dan kanser payudara.

Pst:  Yang ini memang kegemaran saya terutama kuaci dan badam.  Kacang yang paling elok diamalkan ialah badam kerana paling kurang kolesterol!!!

Lebih dari itu:  Klik sini untuk lagi tentang sayuran berdaun hijau.  (masih dalam penintaan)





Ada apa dengan Ikan Salmon?



Salmon adalah salah satu sumber makanan secara semulajadi yang kaya dalam vitamin D, diperlukan untuk menyerap kalsium, mengekalkan paras kalsium yang sesuai dalam darah dan menggalakkan pertumbuhan tulang biasa.  Disebabkan sifat-sifat ini, vitamin D dianggap sebagai satu nutrien penting dalam membantu menghalang osteoporosis.  Ikan salmon biru (dibahagian belakang badannya) adalah yang tertinggi dalam vitamin D.  Hidangan empat auns Sockeye menyediakan 739 IU vitamin D berbanding dengan salmon Chinook, yang menyediakan 411 IU untuk saiz sama.

Pst:  Yang ini bukan kegemaran saya.  Tapi selepas ini, saya akan pastikan ianya menjadi kegemaran saya!!!

Lebih dari itu:  Klik sini untuk lagi tentang Ikan Salmon (bukan yang diternak ye).  (masih dalam penintaan).






Ahha itu baru cerita sebahagian sahaja tu..  Lagi info tentang khasiat brokoli, boleh klik sini.  Cerita tentang yang lagi empat tu?  Ha!!! Tunggu!!! Kita cerita nanti ye... Bos saya dah panggil tu...  (Bolehla ikuti tinta saya tentang empat lagi jenis makanan tadi melalui emel.  Mudah sahaja, pergi ke sebelah kanan blog saya, cari, "Emelkan saya entri terkini" dan isikan alamat emel anda!)  Eh.. bukan bermakna, saya tak nak kongsikan secara terbuka yang lagi empat tu!!!  Akan saya kongsikan dalam entri selepas ini, ilmukan tak boleh disimpan-simpan, mesti disebar-sebarkan... Tujuan saya minta ada ikuti melalui emel, supaya tak terlepas khasiat yang lagi empat jenis itu.  He3... itu sahaja.  Tiada udang disebalik batu okay?   Oppss.. jangan lupa +1 artikel-artikel saya ye... Terima kaseh!!!


Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...