TIPS MEMERAH SUSU DAN MENYIMPAN SUSU IBU DI HUTAN ATAU SEWAKTU BERKHEMAH ATAU KETIADAAN ELEKTRIK DI RUMAH

Ha!!!! Ada tak rasa macam, “eh. Ada ke mommy yang nak memerah susu dalam hutan?” Buat apanya?  Iskh.. kalo I ni menyusukan, takkan I masuk hutan.  Camna nak simpan stok?  Silap-silap, mau tak ngepam i dibuatnya?  Tak pasal-pasal merudum pulak kang susu aku dibuatnya.

Tukar! Tukar persepsi, dan fikir positif.  Ibu-ibu mesti nak beri terbaik untuk anak-anak kan?  Ibu-ibu mesti tak mahu sia-siakan anugerah terindah kan?  Tapi bagi ibu-ibu yang sememangnya suka ‘jungle tracking’, mendaki, berkhemah >>> jangan sia-siakan hobi ini.  Sebab ia hobi yang sihat!!! Sebab ini hobi saya juga!!!

Saya baru je balik dari berkhemah di Lubuk Tedong, Kemensah, Ulu Kelang, Selangor.  Sebab dah terlalu lama sangat tak ‘hiking’, maka ada peluang ni, saya nak pergi juga.  Walaupun encik suami kata banyak pacat. (saya memang penggeli, awww…. Bocor rahsia i)…. Tapi oleh kerana keinginan yang mendalam… akan ku harungi.. (positif)

http://vitaminibumenyusu.clogspot.com
Bukan senang nak dapat berdua begini.. awwww!!! (jangan jeles ekk... kui3) kalau tidak beg tangan kanan kiri... ha3.. owh ye.. "ini adalah kecantikan semulajadi kamu yang baru bangun dari tido.... ha!!!

He3… tetiba teringat pulak… aiseh… nak kena mengepam ni, mana nak simpan susu?  Suami pun tanya, macammana? Tak payahlah ngepam…. Aishhh!!!! Mana boleh, perjuangan ku hanya tinggal kurang 5 bulan lagi.  Tetap akan ku pam juga…

Lantas, ini yang boleh saya kongsikan dengan ibu-ibu yang lasak macam saya!!!

Tips:

  1. Dapatkan pam manual (untuk kes ini, saya pinjam kawan punya sebab dia dah tak ngepam… he3, inilah masanya kita perlukan pam manual.  Saya punya jenama Ameda (letrik boleh, bateri pun boleh), dah dekat 3 tahun pakai… syok woo..)
  2. Sediakan plastik susu, jangan pergi guna botol pulak.. makan ruang beb.
  3. Sediakan juga satu bekas yang bertutup rapat.  (ini untuk kita bawa balik susu tu nanti, dari tempat perkhemahan ke starting point)
  4. Plastik biasa 1 helai. (ini untuk pengganti peti ais di hutan) >>> tengok gambar di bawah ye… tapi harap maaf, gambar close up hilang mana entah… rasa dah snap… aishhhh
  5. Cooler bag dan ais pun boleh bawa juga.  (cooler bag boleh tinggal dalam kereta, ais pack >>> sila tumpang simpan di kedai makan atau kedai runcit berdekatan > jika rumah jauh dari tempat ‘hiking’ lah)
http://vitaminibumenyusu.blogspot.com
Suami saya yang setia membantu, menyimpankan susu di sungai serta membasuhkan
pam dan botol (sebab, saya sangat geli pada pacat yang meriah di sini... He3 

Langkah-langkahnya:
  1. Jika bawa ais pek, pastikan tumpang simpan ais pek di mana-mana kedai @ rumah orang yang bolehlah… he3 - jangan lupa minta nombor telefon, nanti nak balik, jenuh menunggu ais pek.
  2. Bila dan sampai di tapak perkhemahan, pam macam biasa.
  3. Alihkan susu ke dalam plastik susu
  4. Bawa plastik bag dan plastik susu tadi ke tebing sungai… (ha tang ni, yang seronok ni.  Peti ais semulajadi). Jika boleh dapatkan tebing yang ada unjuran akar2 pokok….
  5.  Masukkan plastik susu ke dalam plastik bag dan ikat plastik bag pada akar2 pokok tu..
  6. Pastikan plastik susu tadi tenggelam ke dalam air sungai..  tindihkan dengan batu-batu pun boleh..
  7. Sebelum itu, pastikan plastik susu dan betul-betul ziplock ye.
  8. Jika perlu buatkan kubu dari batu-batu kecil..
  9. Jika perlu bagitau rakan-rakan tentang simpanan di peti ais semulajadi itu. (kang takut ada yang rajin sangat, pergi alih ke pergi buang ke sebab ingat sampah tersangkut (eheheh)
  10. Bila nak balik, ambil bekas kedap tadi, isikan dengan air sungai dan masukkan plastic susu ke dalam bekas tersebut dan bawa baliklah.
  11. Jangan lupa ambil balik ais pek di tempat yang kita simpan sebelum masuk hutan hari pertama tu.

Itu je, mudah kan?  Macam nilah yang saya buat.  Susu tetap segar dan lazat.. ditambah pula dengan penyejuk semulajadi..

Selamat mencuba!!!


Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

1 comment:

  1. As salam sis.. Boleh tak sy nk mintak tunjuk ajar pasal bf ni ngn sis? Dh byk kali google dan baca tp tetap xfaham.. Ngeeeeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...