PNEUMOKOKAL JUGA ANCAMAN MAUT ANAK-ANAK, TIPS PENCEGAHAN PNEUMOKOKAL,

Ingat lagi mengenai pneumonia yang boleh dicegah dengan penyusuan bayi secara ekslusif? > Klik sini >  pneumonia pembunuh senyap.  Itu pnemonia.  Dan ini pula adalah pneumokokal.  Hampir serupa didepannya kan?  Terkini, seramai 2 juta kanak-kanak seluruh dunia maut akibat pneumokokal.

Risiko pneumokokal (ini bukan penyakit biasa-biasa, serius!):
  1. pekak
  2. cacat otak
  3. jangkitan paru-paru (pneumonia) ^ ya, yang link di atas ^ tadi.
  4. jangkitan saluran pernafasan
  5. keradangan telinga tengah 
  6. sinusitis
  7. sepsis (jangkitan aliran darah)
  8. meningitis (jangkitan selaput otak)
  9. sawan
  10. lumpuh
  11. maut

Siapa yang berisiko?

Anak-anak bawah 5 tahun dan golongan berusia kerana pada usia ini, sistem imun badan sangat lemah.  Malah individu dengan masalah diabetes, jantung kronik, paru-paru, buah pinggang, hati, gangguan kekurangan imun (immunodeficiency), HIV/AIDS serta implan kornea juga boleh dijangkiti penyakit ini.  Manakala individu tanpa limpa atau limpa tidak berfungsi seperti sepatutnya dan individu yang pernah mendapat rawatan pneumonia juga berisiko.


Gejala atau simptom pada kanak-kanak?
  1. Batuk berkahak
  2. Demam panas
  3. Sakit telinga/lelehan telinga
  4. Menangis/meragam
  5. Kurang aktif
  6. Lesu dan nampak sakit
Walaubagaimanapun, gejala ini tidak semestinya dapat dikesan semasa didiagnos.


Punca dan bagaimana ia merebak?
  1. bakterium streptococcus pneumoniae atau pneumokokus;
  2. boleh merebak dengan orang yang sedang sakit dengan pembawa; dan
  3. titisan air melalui pernafasan dari hidung atau mulut orang yang telah dijangkiti.

Langkah pencegahan:
  1. Penjagaan diri dari segi kebersihan
  2. pengambilan makanan berkhasiat 
  3. pengambilan vitamin/suplemen bagi menampung kekurangan vitamin dan zat dalam diet harian.
  4. Membina sistem imun yang sihat melalui vaksin atau vitamin/suplemen semulajadi.
  5. Penyusuan eksklusif yang meningkatkan imuniti anak-anak.

Jadi, wahai ibubapa, berbalik kita kepada konsep asal penyusuan ekslusif itu penting, perjuangkanlah sehingga 2 tahun atau setidak-tidaknya 6 bulan.  Kita sayang anak-anak kita kan?  Sudah menyusukan tapi tetap anak mudah terkena jangkitan?  Mungkin susu kita boleh ditambah baik dengan usaha mengkualitikan susu badan (walau ada setengah pihak tak setuju dengan kenyataan ini) dengan diet seimbang ibu serta nutrisi yang cukup setiap hari dengan pengambilan vitamin/suplemen.

Tak salah kita berusaha kan, daripada terpaksa berdepan melihat anak-anak yang kesakitan mahupun mendapatkan vaksin RM900 bagi tahun pertama kelahirannya?  VIB sarankan apa sahaja yang terbaik untuk kebaikan anak-anak syurga kita.

Untuk pilihan suplemen, hubungi VIB, VIB sedia membantu anda!!!

http://vitaminibumenyusu.blogspot.com
petikan akhbar mengenai pneumokokal

Apa lagi, hubungi saya k: Boleh call saya - 0162972050 atau pm via fb: Citra Sutera atau emel: suteracitra@gmail.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...